eqa

snow

Followers

Thursday, January 31, 2013

Segmen Blog Kesayangan: Blog Coklateyes

Assalamualaikum..

Sambil-sambil berfb ternampak plak post dari blog coklateyes... ada segmen la.... pe lagi, join la... hehe....
baru je kenal blogger ni.... selamat bekenalan ye.... nice blog...  :)


Jom join blogger2 sekalian.... segmen ni baru je start dari 1 feb-22 feb 2013.... tak rugi pun join.... boleh kenal2 dengan blogger2 kan.... 

syarat-syaratnya pun tak la susah kan....

1. Follow blog BCE & Like facebook BCE- done
2. Letak BCE di bloglist....-done
3. Dah buat entry n jemput kawan2 blog tuk join... join tau....
4. Tinggalkan url entry n nama blog di entry BCE...

senang je kan....

Thursday, January 24, 2013

Segmen Mega 3000 Follower By Blog 3 Dalam 1

Assalamualaikum....

hari ni nak join segmen pula... jom join ramai-ramai segmen Segmen Mega 3000 Follower By Blog 3 Dalam 1 ... lagi meriah kan...
nak dapatkan 3000 follower...


klik je banner tu kalau nak join....

syarat2nya.....

1. Jadi follower blog 3 dalam 1
2. like facebook page blog ni..
3. buat entry segmen...

ok kan....

PERGINYA SEORANG MUJAHIDAH: SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR

Assalamualaikum....

Hati tergerak untuk berkongsi hari-hari terakhir siti hajar.... Ya allah... sesungguhnya kematian itu adalah pasti... tidak akan dilambatkan atau dicepatkan walaupun sesaat... Secara jujurnya saya tidak pernah mengenali siti hajar. beliau merupakan pelajar utem dimelaka.. saya mengenalinya selepas kemalangan yang berlaku terhadapnya dinegeri tempat saya dibesarkan....ada seorang sahabat telah post di laman facebook untuk mengutip derma bagi menampung perbelanjaan operation siti hajar sebanyak RM20k. Subahannallah... dari situ saya mula mengikuti perkembangannya...
mengharapkan beliau pulih kembali walaupun ada yang mengatakan beliau akan lumpuh.... 
mari kita baca dan diharap kisah ini boleh memberi manfaat dan lebih mendekatkan diri kita kepada ilahi.... insyallah....
 menurut sumber, penulisan ini telah ditulis oleh ibu al-marhumah siti hajar sendiri.. wallahualam...
mari baca.....


 Allahyarhamah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir.
Menghembuskan nafas pada 8 Rabiulawal 1434.
Kemalangan kereta bersama 3 orang sahabat.
Mengalami keretakan tulang tunjang.

RENTETAN PENGALAMAN DI HARI HARI TERAKHIR  SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR


6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami  tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi,  kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang  kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar . 
                                   
Lawatan  Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke  telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami  perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Takada rahsia lagi.  Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan  diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung  tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang  tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan  yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2  waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher”  lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak  solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab  “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari  Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu.  Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka  Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi,  Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan.  Ultrasound pula  diambil.  Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang  Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar  ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan  nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan  menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak  katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja  lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran  pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap  tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya
smoga rohnya berada bersama orang beriman... insyallah....

KENA GUBAH BUNGA!!!

Assalamualaikum...

erm, lambat betul nak update blog ni.. sebabnye saya dah bekerja sekarang.. kerja untuk beberapa minggu je... maklum la cuti sebulan je kan... semalam saya berkesempatan untuk gubah bunga... atas permintaan bapa saudara, eqa buat juga la padahal memang la jarang mengubah bunga dan tak berapa kreatif tangan ni.... bapa saudara eqa just bagi duit dan eqa la yang pergi beli bunga dan mengubah... huhuuuu.... 

tengok ni.....


orang kata kalau nak gubah bunga kena pilih warna dalam 2 atau 3 jenis warna je kan.... eqa campur-campurkan je, dah lebih 3 warna ni....hahaa.... colorful tak....


ni la bunga yang eqa beli....

posing dulu...hehee...
bunga ni nak letak kat restoren bapa saudara....




lepas ni nak gubah bunga untuuk rumah pula la.... bunga pun ada lagi tu.... ok.... sampai sini je... bye....

Monday, January 21, 2013

Review 4: 18/1/2013- Aktiviti mengcrepe "durian crepe" dan baking cake...

Assalamualaikum.....

apa khabar semua...... sebelum ni eqa ada post pasal fenomena durian crepe yang tiba-tiba muncul je kan.... sampaikan eqa berapa kali makan dan beli kat u hari tu... sekarang dah berjaya hasilkan sendiri... percaya tak, dengan satu adunan je eqa berjaya buat.... mana boleh tengok orang buat je kan.... eqa pun kena try juga.... nak puaskan hati sendiri...... betul tak??? hehe.... pe2 je la....

nak tengok hasilnya.....

ni dia...

durian crepe.....
mula-mula memang ada problem sikit.... kuali non stick ada tapi terlalu besar, so bila nak mengcrepe tu die jadi besar la kan... tak putus asa lagi tyme tu, eqa buat guna kuali yang biasa je, tak de non stick2 n..... boleh je.... letak minyak sikit la.... 

sudah berjaya buat...
ada sesiapa warga melaka yang nak order tak.... heee..
buat 1 adunan je... ok la tu kan.... 
lepas ni mybe nak buat lagi.. sekarang pun durian dah tak banyak... dah abis musim dia... so, mahal tau tak....

lepas buat durian crepe, eqa buat moist choc cake plak.... kukus je... lagi moist kan.... selalu buat kek kukus ni..... memang sedap.... ops... puji kek sendiri.... x de la.... sedap sebab guna resepi yang best... memang akan menjadi sokmo la.... 
hehee.... 
ni dia.... tadaaaa....

x de topping lagi ni....



lepas diisi topping coklat....

DAH SEMINGGU CUTI SEMESTER!!!

Assalamualaikum...

pejam celik, pejam celik dah seminggu masa berlalu.... apa yang eqa buat??? 
kalau boleh eqa nak guna kan masa yang ada masa cuti sem ni tuk buat benda2 yang berfaedah... sebab nye cuti sem yang akan datang ni mesti dah sibuk dengan final year projek... so, tak de masa lagi nak buat apa yang kita suka.... entah2 tak balik pun rumah nanti.... erm.... tengok tajuk final year projek nanti la.. sekarang pun tengah pening nak pikir tajuk dan cari supervisor... 
ok, tak pe, insyallah dengan izin allah..... segalanya akan bejalan dengan lancar...
eqa nak preview pe yang dah buat sepanjang seminggu cuti ni.... kenapa eqa nak tulis semua ni...??? sebab nye eqa nak jadi kan cuti ni cuti yang bermakna dan akan ingat sampai bila2... walaupun cuti ni just percutian yang simple je, tapi nak jadikan ianya sessuatu yang boleh dikenang.... saya rindu untuk menaip...... nak menaip sampai lebam....

Review 4: 18/1/2013- Aktiviti mengcrepe "durian crepe" dan baking cake...
Review 5: 19/1/2013- Seharian di Festival Beliawanis Nasional
Review 6: 20/1/2013- Naik KL lagi hantar adik g UIA PJ..
Review 7: 21/1/2013- Aktiviti bebas....!!!!! makan je keje....

jangan marah sebab eqa nak cerita pasal diri sendiri je.... sebagai kenangan.... orang lain sibuk cerita pasal hari bersejarah... eqa cerita pasal peristiwa cuti sem... suka hati la kan.... 
selagi tak menyalahi agama... akan ku tulis apa yang patut.... hehee......

Review 3: 17/1/2013- One Bake aku datang..

Assalamualaikum....

the time is coming....!!!... I will start my cooking and baking, this is my dream before semester break... huyayyyy.....

before that, I need to prepare all the ingredient.... So, the suitable place that I need to go is One bake. that place sold all the baking ingredient or other baking materials.... 
I already decided to make a moist choc cake and durian crepe....wowww....
I'm so excited..... 

my mum spend RM60++ to buy all the ingredient... hopefully, I will finish all the flour that I already bought.... huhuuu... hopefully....hehee....

next place... nak beli durian pula.... 
ok... 1 bakul RM20.... OMG... my mum bayar lagi... thanks you mum......

durian untuk durian crepe sikit je, makan je banyak.... tapi ada juga yang rosak.... kena la buang kan...

ok... thats all....
 

Review 1: 15/1/2013-Balik ke Melaka pukul 9.30 malam....

Assalamualaikum...


Huuuuray akhirnya eqa sampai juga ke Melaka bandar raya warisan dunia.... yaa.... planning dah dibuat kan.... adakah ianya akan menjadi kenyaataan??? kita tengok je la....

perjalanan dari kuala terengganu ke melaka memakan masa 8-9 jam.... bergantung pada bas apa yang kita naik la.... nak naik flight.... memang tak de la kan ke melaka.... so, naik bas je eh... lagi pun lagi jimat la.... tambang around RM43++... ikut jenis bas juga....
selalunya eqa naik bas s.p bumi je sebab sit dia besar dan selesa...  

yang tak sedapnya tyme balik kali ni, bas ni terlewat 1 jam..... ulang sekali lagi 1jam uoll... bukan 10 min.... ok... fine... dimaafkan sebab ada sebab yang munasabah....
sebab nye ada tangki bocor... apa yang bocor tak tau la.... mula-mula kami dibawa menggunakan 1 bas ni.... then, dia bawa kamu ke shah bandar dan tukar lagi 1 bas.... ok... ikutkan je la... janji sampaikan....

everything dah settle...... bila bas menghala keluar ke kuala terengganu, eqa pun mula la operasi menidurkan diri.... memang suka tidur ni, lagi2 balik malam kan... memang keja tido je.... dengan harapan bukak je mata bas dah sampai ke melaka... ok... beberapa kali juga la hampa sebab bas masih tak masuk melaka.... pe boleh buat.... sambung tido je la.....

sampai melaka pukul 6.30 pagi.... tak de la lambat sangat walaupun dah terlewat sejam kat kuala terengganu tu kan.... alhamdulillah.... sampai juga....


Review 2: 16/1/2013- Dah sampai melaka..

Assalamualaikum....

tepat jam 6.30pagi bas pun sampai ke melaka central.... selalu sampai pun memang tyme macam ni....
pe lagi, message mak suruh ambil.... mak memang akan ambil eqa ye setiap kali balik melaka... ni yang eqa sayang mak ni.... hehee....

sementara tunggu mak, pergi dulu menunaikan kewajipan pada pencipta.... then, duduk la tunggu mak.... 

balik rumah..... kejut adik g sekolah... sebelum tu pergi makan dulu.... 

suka sangat buat muka gitu.....
adik eqa ni memang setiap pagi makan kat luar sebelum pergi sekolah....

kalau kat hostel makanan pagi cuma roti@ biskut@nestum+oat, air coklat.... bila balik rumah.... makan ni eh.....

roti canai+tea o panas...
cuti ni ternak lemak lagi la nampaknya.... penat je nak turun kan berat badan... kalau nak tau eqa dah berjaya menurunkan berat 1kg+++ tau... nampaknya makin naik la kalau tak jaga makan..... 

sudah menjadi lumrah makanan pagi kalau bukan roti canai, nasi lemak... memang sedap oooo..... rasa nak makan hari2.... 

*nak makan apa yang eqa suka cuti ni.... tapi nak kawal makan juga.... penat tau nak turun kan berat badan.....

ADA APA DENGAN MASA.....

Assalamualaikum...

Ya ALLAH.... masa berlalu dengan begitu pantas sekali...
pernah tak kita berdoa agar Allah berkati hari2 kita, mencukup kan masa2 dengan melakukan perkara yang berfaedah atau manfaat untuk diri kita, keluarga dan masyarakat. 1 hari kita ada 24 jam.... pernah tak kita dengar orang selalu cakap masa tak cukup la... tak sempat nak buat itu dan ini..... ok.... tak payah cakap pasal orang... kita sendiri muhasabah diri kita.... rasa2nya la... masa kita ni cukup tak.. padahal Allah dah bagi kita masa yang sama untuk setiap orang.... kenapa kta rasa masa selalu tak cukup untuk kita.... kenapa ye....?? adakah masa yang ada tak diberkati Allah...
nanti di akhirat allah akan tanya apa yang kita lakukan dimasa hayat kita.... huhuuu..... nak cakap apa.... tak kan nak bagi tau kita tengok cerita korea berepisod2.... baca novel berbuku2.... apa yang kita lakukan pada masyarakat.... apa kebaikan, amal yang kita dah buat.... YA ALLAH... ampun kan aku.... sesungguhnya aku hanya insan biasa yang mudah leka dengan pemberian mu....

AKU INGINKAN HIDUP YANG LEBIH BERMAKNA!!!!!
AKU INGIN BERBAKTI PADA MASYARAKAT!!!!
AKU INGIN MENGGUNAKAN MASA YANG ADA DENGAN MENGINGATIMU YA ALLLAH...
 
aku sedar yang aku ni selalu sangat merungut.... kata masa tak de la... lagi2 masa belajar... bila dah bnyak assignment, report dan sebagainya... memang tak de masa tuk masuk @ join aktiviti lain macam kelab ke or what so ever.... penah masa awal2 sem eqa menolak tuk jadi biro dalam 1 kelab ni... dengan alasan memang tak de masa nak pergi meeting malam2, aktiviti lagi hujung minggu.... 
ok fine... eqa punya cos memang buzy ye.... kadang-kadang hari minggu pun ada kelas, dengan test di buat hari minggu.. bila nak join aktivitinye kan..... so, jalan penyelesaiannye lepaskan tanggungjawab tu.... daripada kita tak buat tugas dan tak bagi commitment kan...boleh ke macam tu.....!!!!

AKU SEDAR MASA ITU EMAS...
AKU SEDAR MASA SANGAT BERHARGA....
AKU SEDAR YANG SETIAP DETIK YANG BERLALU TAK AKAN BERULANG KEMBALI...
AKU SEDAR AKU HANYA DIBERI MASA YANG SINGKAT UNTUK BEKALAN DI AKHIRAT NANTI YANG KEKAL ABADI..... 
AKU SEDAR YANG KIRI DAN KANAN KU ADA MALAIKAT YANG MENCATIT SETIAP AMALAN YANG AKU LAKUKAN SETIAP MASA.....

Apa yang perlu aku lakukan ya Allah....

dengan melakukan sedikit kebaikan akan dibalas dengan pahala...
dengan melakukan kemungkaran akan dibalas dengan dosa....
mana yang kita nak????

eqa menyeru pada diri sendiri dan semua agar menghargai masa yang ada untuk melakukan amal kebaikan....
cuba sedaya upaya untuk tinggalkan yang tidak betul, dan carilah jalan yang lurus demi masa depan yang cerah didunia mahupun diakhirat.... 
insyallah...

$ ingin ku perbetulkan diri ini.... demi mendapat keredhaan ilahi.....

Thursday, January 17, 2013

SEGMEN: BLOG MAKEOVER!

Assalamualaikum.....

saya nak join segmen lagi ni.... kali ni join segmen makeover blog... kalau betuah boleh makeover blog by k. nieza..... hehe..... k.nieza plez make over my blog..... 


KENAPA SAYA NAK MAKEOVER BLOG......????

Sebab utama saya nak makeover blog adalah untuk mencantik kan blog ni.... bukan nya saya tak boleh buat sendiri.... tapi disebabkan saya ni tak berapa pandai lagi nak cantik-cantk kan blog ni... memang la tutorial banyak kan... saya dah try pun... kalau nak makeover blog sendiri memang makan masa la, kadang-kadang berjam-jam... bila dah ada segmen macam ni, pe lagi... join je la.... heehee.... k.nieza.... pilih la blog saya eh.....

pernah satu hari tu nak buat header transparent... try la bukak tutorial..... berjam2... separuh je tutorial berjaya.... then, tak menjadi juga nak edit gambar... cari tutorial lain..... sama je, ada je yang problem kan... then, pe lagi tutup semua tutorial.... tempek kan je la gambar saya ambil dari folder picture... hahaa...... ni gambarnye....


nampak.... gambar tu... tak menarik langsung kan...... dah la tak centre..... ok... memang tak cukup explore lagi tutorial blog2 ni... kan best kalau dah de blok yang dah siap dihias cantik.... saya just menaip entry je... boleh tak kalau cam tu.... adeh..... memang pemalas kan.....

lagi2.... pe sebab nye.....
mestilah saya nak edit blog ni....... tengok tu.... pe yang penting, yang tak penting sume ada..... hahaa.... kalau boleh semua benda nak dimasukkan..... sampai berat blog saya ni kan..... heee..... biase la.... kan nak cantikkan blog..... cam tu la jadinya.....

nak pilih templet or background pun.... adeh.... ce tengok....ok ke awak rasa.... erm.... sebenarnye tangkap muat je.... ambil je mana2 yang ada... hahaa.....
sebenarnye saya cuba nak elak pilih color pink2 ni.... see!!..
saya ambil pink juga kan..... pe la.....
saya suka je color2 yang terang2..... like2.....

sebab lain.... saya nak blog yang ada identiti diri saya sendiri.... baru la ada beza sikit dengan blog orang lain......

lastly.... thanks pada k. nieza sebab ajarkan saya masukkan gambar banner tu ye.... rasa celik it sikit... hahaaaa.......

sapa nak join jom la.........

SEGMEN:SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN

Assalamualaikum...

hye... nak join segmen lagi ni...he....
birthday saya lambat lagi tapi nak join segmen ni la... mana tau untung-untung dapat hadiah... heee...


syarat-syaratnye...

1. mesti ada blog n facebook.... ok... saya ada, lulus dah....
2.dah tempek kan banner kat atas.... sape nak join tekan je....
3. saya dah siap kan entry khas ni.... segmen ulang tahun kelahiran.....
4. cerita pasal ulang tahun kelahiran.... ada orang nak baca ke.... best ni.... baca tau uollsss...

Nama ku atiqah nadirah binti razali......
dilahirkan pada 18 MAY 1991.... OPS.... x tue lagi kan.... 
saya lahir bulan may ye.... 
masa sekolah dulu tiap-tiap kali bezday aku mesti dapat ssebiji kek.... selalunya memang celebrate cam tu.... kalau adik beradik nye bzday pun dapat yang sama.... 
bila adik saya yang kecil sekali lahir bulan may juga.... dah kena kongsi kek dengan die.... 5 may.... x kan 1 bulan nak makan 2 biji kek kan.... adeh.... saya dah besar... so, saya mengalah je la..... 


tu dia.... kami kongsi kek tau.... ok... I x kisah.... yang penting dapat potong..... haha.....

yang menarik bzday tahun lepas.... 2012
eqa sambut kat umt saje.... ngan member2....
nak tau pe diowg buat??????

nak tau ke.....
malu la.......
hahaaa.........
mungkin orang dah biasa buat.....
adeh...
sudah terkena......
kena apa.....
perh..... kena baling tepung.... x expect langsung diowg nak celebrate bzday eqa sebenarnya....
tyme 2 dalam 10 orang.... 
 pandai betul diowang pekena kan aku...
ceritanya begini....

malam 2 eqa terlupa nak submit report, n mintak tolong sorg member ni hantarkan o9 je.... 
then, dia pun setuju... tibe2 die suruh datang bawah (eqa duk asrama tingkat 2), ok turun la, sebab kenang kan report yang tak hantar lagi....
ok... die suruh g belakang blok... ok biase la tu...
sampai je sana.... eqa jumpe sorg cosmate, muka die selamba je....
ok.... eqa nak cari kawan eqa je....teruskan cari die..
pas tu nampak beberapa orang, boleh pulak duk kat tingkap blok la, bekeliaran kat kawasan asrama....
ok... tyme 2 memang x expect pe2.... tapi tibe2.... 
teringat diowg ni nk celebrate bzday ke.... dalam masa yang sama.... abis eqa kena baling tepung kat mata uollll.... pedih sih.... 
hahaaa.......
apa lagi berlaku la aksi lari berkejaran.....
dah abis sume baru la potong kek..... 
muka masing2 dah macam tepung gomak....
ada tangkap gambar tapi x de kat eqa la.....

pesanan penaja....:
jangan meniru aksi kami rakan2 ye....
x mo membazir tepong..... (orang lain x dapat makan, kita buang2..)

pas ni x nak sambut bzday la, umor makin bertambah la...... heheee....  

5. bzyay dah dinyatakan.... 18 may 1991....
link fb..... http://www.facebook.com/atiqah.nadirah.1

6. dah follow sume..... done...

7. entry dah siap.... dah link kan ke segmen 
http://kembarber4.blogspot.com/2013/01/segmen-selamat-ulang-tahun-kelahiran.html

8. hadiahnye menarik... boleh bukak link 2 eh.....

tarikh tutup segmen ni......

3 februari 2013

nak tag.... romateku.....
romateku ini pun baru dalam blog2.... jom follow die......

selamat bersegmen semua.......bye....

Segmen : Saya Blogger Negeri Melaka


Assalamualaikum….

Hari ni nak join segmen lagi la…. 
blogger2 negeri melaka moh le follow saya.... 

 
 sape yang nak join boleh tekan je banner kat atas ni.... ok...

Nak cari blogger2 dari negeri Melaka…. Walaupun saya tinggal di Terengganu (belajar 4 tahun), lahir di Pahang tapi tempat asal saya dimelaka ye…. Di Melaka la tempat saya dibesarkan, sekolah pun Melaka….. that’s why I love Malacca very2 much…. Muahhhhh….
Mari eqa perkenalkan negeri Melaka…
Mula dari benderanya ye….



Ok… nak nyanyi lagu Melaka pulak boleh…. Lama dah tak g sekolah… rindu pulak nak nyanyi masa perhimpunan sekolah… Kalau dah masuk u mmg jarang la nyanyi lagu negeri walaupun duduk negeri orang…. Pernah beberapa kali je nyanyi lagu negeri johor masa kat matrik dan lagu negeri Terengganu masa kat u….

lirik melaka maju jaya....
Melaka negeri bersejarah,
Tempat tumpah darah kita,
Dijunjung dengan sepenuh jiwa untuk maju dan jaya,
Rakyat Melaka sudah bersatu padu,
Berikrar taat setia,
Jujur berkhidmat setiap masa.
Melaka maju jaya….

Pernah satu ketika, masa belajar sabjek kenegaraan kat umt lecturer ni suruh nyanyi lagu negeri masing2, nyanyi ramai2 la…. Tapi yang sedihnya, Melaka 3 orang je wakil….. adeh…. Eqa n kwn 2 orang tu la yang kena kuat kan suara nyanyi lagu Melaka maju jaya ni tau….. bangga sikit…. Nasib baik tak tersasul dari lirik…. Hahaa….. best tyme tu sebab boleh dengar lagu dari negeri lain juga….

ni pula lambang negeri melaka...

 
Apa yang menarik kat Melaka ni…..
Beberapa tahun yang lepas Melaka telah diiktiraf sebagai Bandar Warisan Dunia… pada sesiapa yang nak datang Melaka, disini ada berbagai tempat2 yang menarik…. Anatara nya  di Bandar hilir, ada bermacam-macam muzium yang boleh dilawati, bangunan studhuy, muzium kapal, istana Melaka, menara taming sari.boleh juga naik duck tour melawat Melaka… yang bagusnya tempat2 ni semua dekat2 je, so tak susah kalau nak cari…. Boleh jalan kaki je…

Kalau nak naik bot pun boleh, bot ni akan bawa kita melihat keindahan Melaka dilaluan sungai Melaka…. Kalau pergi malam lagi best la, sebab boleh tengok lampu2 warna warni sepanjang sungai tu…. Nak naik eye of Malacca pun ada tau…. Kena pandai cari la…. Satu hari jalan pun tak abis.. hahaa…  

ok.... datang la melawat melaka ye..... promote sikit.. hahaaa....

mana blogger melaka.... cepat follow saya...... thanks....