eqa

snow

Followers

Monday, August 3, 2015

WALLPAPER KAISON CANTIKKAN PINTU KABINET DAPUR

Assalamualaikum.

Lama betul tinggalkan blog ni, kadang-kadang memang terasa nak update selalu tapi selalu sangat mengabaikan blog yang tak seberapa ni. Lagi-lagi bila dah kerja, kemalasan melanda diri.haha..

Cetusan idea untuk ubah suai pintu kabinet dapur ni bila aku tengok pintu kabinet dah agak lama dan boring la, warna tu je kan. Tambahan pula dah nak raya, makin menjadi-jadi idea nak ubah suai dapur tu. Jadinya, aku pun singgahlah kaison beli segulung wallpaper kaison, harganya murah RM19.90 je dan dah siap berpelekat. Tinggal nak tampal je. Senangkan.

Projek ni aku mula beberapa hari sebelum raya tapi terpengkalai sampai ke lepas raya baru siap. haha.. malas sangat dah tu.. ok, x pe. janji siap juga kan.

Sebenarnya, sebelum pasang wallpaper ni aku bersihkan dapur dulu la, sental daki-daki minyak yang dah lama kat tingkap tu. Berpeluh juga la, mengecat bingkai tingkap, cat kabinet dapur tu dulu, punggah habis barang-barang dalam kabinet tu. Tu yang makan berjam sampai kepenatan. 

jom tengok gambar sebelum, gambar ni je ada. Tu pun dah tampal 2 pintu kabinet.

SEBELUM
Sila abaikan segala barang yang bersepah tu ya, bulan pose memang dapur akan terlebih berselerak. hahaa.. Nampak tu, terkopek-kopek dah pintu kabinet tu. Bila kena air selalu, pecah dah bawah-bawah pintu tu. Jadinya, selesaikan masalah ni dengan menampal wallpaper kaison ni ha. Aku pilih warna coklat dan corak seakan-akan kayu. Sebab aku rasa yang macam ni lagi sesuai untuk pintu kabinet.. hahaa.. Aku bukan la pandai sangat nak memilih ni, kita hentam saja la. Janji sedap mata memandang. Hasil selepas siap.. jeng..jeng..jeng..

SELEPAS
  Nampak lebih kemas kan. Barang-barang kat atas tu pun dah berkemas sebab dah habis pose kan. Susun atur rak pinggan atas tu sebenarnya aku baru ubah. Nampak kemas sikit la. Tengok pintu kabinet tu, dah tak nampak segala pecah-pecah dan yang penting nampak baru kan. Senang je menampal ni, kita kena ukur dulu panjang pintu terus dekat wallpaper tu. Lepas tu gunting dan tampal. Senangkan??.. Wallpaper ni aku guna sikit je pun, banyak lagi 1 gulung tu. Boleh buat projek lain plak lepas ni, dah ada dalam fikiran ni. Tunggu je la..

Ok.. SEKIAN 

TERIMA KASIH SEBAB SUDI MEMBACA.. BYE..

Monday, May 25, 2015

RESEPI APAM NASI

Assalamualaikum

Siapa pernah makan apam nasi? Pernah tengok tak. Apam ni aku biasa makan masa kecil-kecil dulu. Sedap. Ingat tak yang selalu jual warna pink, hijau, kuning. Macam-macam warna kan. Dah besar ni baru la tau tu apam nasi. Lembut, aroma nya wangi dan kalau makan boleh agak la tu apam nasi. Haha. Nak cuba tak. Memang tak rugi la kalau buat ni. Apam ni pun aku pernah jual kat bazar ramadhan.
budak- budak memang suka apam ni. Mungkin sebab warna nya yang menarik. Sampai ada masa tu sorang budak ni beriya suruh mak dia belikan padahal dah banyak beli juadah lain. Nak tak nak mak nya belikan juga la. Tempat aku berniaga tu, sebelah peniaga yang ada anak-anak kecil.. selalu la budak ni datang cekup je kuih apam aku ni. Tengok-tengok keluar je tangan dari bawah meja tu.. tak pe la dik. Makan je la. Ok, jom tengok resepinya pula.

Bahan-bahan

2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 1/2 cwn gula pasir
2 1/2 cwn air
2 sd kecil yis

Cara-cara

1. Satukan nasi dan air ke dalam blender. Blend sampai hancur atau halus.

2. Masukkan gula dan blend lagi.

3. Satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.

4. Masukkan adunan yang dah di blend tadi kedalam campuran tepung dan kacau sebati.

5. Perap adunan selama 3 jam supaya adunan kembang.

6. Panaskan pengukus dan balut penutup pengukus tersebut.

7. Sapukan minyak pada acuan kecil dan masukkan adunan hampir penuh ye.


Letakkan pewarna sikit
8. Kukus selama 15 minit.

ok.. dah siap. Selamat menikmati apam beras ni.. sedapnye makan dengan kelapa parut muda.

RESEPI PUDING KARAMEL MUDAH, LEMBUT DAN SEDAP

Assalamualaikum

Siapa kat sini suka puding karamel. Mesti ada kan. Puding karamel ni selalu makan sejuk-sejuk lagi sedap la. Cara nak buatnya senang sahaja. Aku pun belajar dari blog kak Rai. Akak ni sangat pandai buat kek dan memasak la. Puding ni pun aku pernah jual kat bazar ramadhan. Memang laku la. Jadi aku pun kongsikan di sini pula ya.


Cuba tengok teksture nya nampak lembut kan.

BAHAN-BAHAN

Caramel
6 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air

Puding
5 biji telur (gred B)
5 sudu besar gula kastor
400ml susu sejat
1 sd kecil esen vanilla

CARA-CARA

1. Untuk membuat caramel, satukan gula dan air, panaskan di atas api sehingga gula mencair dan kekuningan. Berhati-hati ya, jangan terlampau kuning keemasan sangat. Nanti pahit pula. Selepas gula cair, masukkan kedalam acuan yang ingin kita gunakan. Aku guna loyang steal kecil saja. 

2. Dengan menggunakan blender (selalu guna untuk blend cili tu), satukan telur, gula, esen vanilla. Blend sebati selama 1 minit. 

3. Kemudian, masukkan susu sejat dan blend selama seminit lagi.

4. Panaskan oven dengan suhu 160-170, gunakan api atas bawah. Masukkan loyang kedalam tray yang telah dimasukkan air panas separas loyang caramel. Kira macam double boiler la.. bukan bakar terus dekat api. Boleh bayangkan kan. Ok.

5. Bakar sehingga masak. Nak tau masak tak, tekan sedikit kat caramel tu. Tengok dah keras sikit maknanya dah masak la tu. dalam 40 minit. Mesti keluarkan caramel dari loyang semasa masih panas tau. sebab tak nak la gula caramel kt bawah tu mengeras. Nanti tak cantik pula.



SEKIAN..



DIY HANTARAN KAHWIN TEMA PEACH DAN MERAH

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak kongsikan hantaran yang pernah aku buat. Ni hantaran adik aku,simple je. Semua ni aku siapkan semasa aku praktikal kat alor setar, kedah. Jadinya kebanyakan barang aku beli kat sana la. Semua sekali ada 7 dulang hantaran dari pihak lelaki. Jom kita tengok gambar ye.


7 duulang hantaran

separang baju kurung, losyen dan bedak

Telekung

Sejadah

kek lapis dan kuih

kasut dan bag

Tafsir al-quran dan buku

sirih junjung

Untuk duit mas kahwin pun aku ada buat juga la.. beli kotak dan hias. senang je kan. 

mas kahwin
Nak tengok pengantin ke... 
kongsi 1 gambar je tau..huhuuu.. 
Selamat pengantin lama.. Masa aku buat entri ni adik ipar aku dah nak dapat baby dah pun.. hehee.. 
lama  betul. baru nak update blog. apa boleh buat.


Sekian...

RESEPI PUTERI AYU SEDAP

Assalamualaikum.

Lama betul aku menghilangkan diri, tak update blog ni. Agak-agak ada yang baca ke. Tak kisah la kan, mana tau ada yang singgah nak cari resepi. Hari ni aku nak kongsikan pada semua kuih puteri ayu yang biasa aku buat dan pernah buat untuk jual masa bulan puasa tahun lepas. Resepi ni aku dapat dari blog  rossitamz. Resepi ni aku dah bahagikan separuh. Jadi hasilnya akan dapat dalam 20 biji. Insyallah.. semoga bermanfaat.




BAHAN-BAHAN

2 bijji telur (gred c)
125 g tepung gandum
150 g gula 
1 sd teh ovallate (ambil membukit sikit)
1/2 sd teh baking powder
125ml santan
1 sd teh pes pandan
pewarna hijau

BAHAN UNTUK KELAPA

2 cwn/ secukupnya kelapa muda parut 
1/2 sudu garam halus
1 sd teh tepung jagung
acuan 
sedikit minyak masak untuk disapu ke acuan

CARA-CARA

1. Pukul telur, gula dan ovallete sehingga kembang dengan menggunakan hand mixer.
2. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, pes pandan dan pewarna hijau. Kacau sebati.
3. Sediakan acuan kuih, sapu kan minyak masak kedalam acuan supaya kuih tidak melekat semasa nak keluarkan nanti.
4. Cara untuk sediakan kelapa parut. Untuk menjadikan kelapa tahan lama. kita mestilah mengukus dahulu kelapa selama 10 minit dan taburkan sedikit garam halus dan tepung jagung. Gaul sehingga sebati. Tujuan kita meletak tepung jagung supaya kelapa parut nanti tidak berderai atau pecah semasa kita keluarkan dari acuan.. ok ye.
5. Masukkan adunan yang dah siap tadi hampir penuh dengan acuan ye. Nanti kuih kita tu akan kembang lagi cantik.
6. Pastikan pengukus kita sudah betul-betul panas barulah masukkan acuan yang berisi adunan tadi. 
Masak selama 10 minit.

Tips:
semasa mengukus, pastikan kita meletak kain di penutup pengukus supaya wap air tidak menitis diatas kuih kita ya.
Jika batch pertama kita masak, kita dapati kuih kita agak bantat atau keras sedikit, kita boleh tambahkan sedikit ovallet kedalam adunan dan kacau sebati.

ok.. itu sahaja resepi yang dapat dikongsi. Insyallah menjadi dan senang sahaja buat kuih ni kan.. 




Saturday, March 29, 2014

Keputusan 'Final Year Project' sains makanan tidak menghampakan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. terbuka juga pintu hati ni nak menaip di blog yang sangat kekurangan ni. Banyak perkara yang terbuku dekat kepala ni nak di taip kan kat sini.. apakan daya line internet pun macam siput sedut.. macam mana nak menaip... ok.. tak nak salah kan siput la.. salah kan diri sendiri yang malas sebenarnya.. haha...

Ya Allah..
 aku bersyukur sangat2 sebab engkau la yang maha kaya, maha mengetahui, maha agong yang dah banyak membantu aku selama ni.. menjadi tempat bergantung dan berharap.
sungguh.. janji mu kejayaan untuk orang yang berusaha tak kan sia-sia. 
dengan bantuanmu dan keredhaanmu..

ok.. kali ni aku nak abadikan kegembiraan dan rasa syukur aku kat sini..Walaupun keputusan final year projek ni dah beberapa minggu keluar.. tapi masih di ingatan dan ingin dikongsikan di sini sebagai kenangan aku untuk masa akan datang. 

Sebelum tu aku nak perkenal kan apa itu 'final year project' atau singkatannya FYP dan dalam bahasa melayu disebut Projek Tahun Akhir. Sebagai seorang pelajar sains makanan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), kami memang diwajibkan mengambil subjek ni untuk melengkapkan jam kredit dan sekali gus melayakkan kami untuk bergraduat. Subjek ni  diambil selama 2 sem iaitu semerter 6 (tahun 3) dan semerter 7 (tahun 4). Jumlah jam kredit untuk subjek ni adalah sebanyak 6 jam kredit dimana 1 jam kredit diambil semasa semester 6 dan 5 jam kredit diambil semasa semester 7.

Jenis projek tahun akhir yang ditawarkan?
1) Analisis makanan
2) Survey
3) Perkembangan produk atau "product development"

aku awal-awal lagi tak nak buat survey sebab tak nak serabut dengan nombor-nombor dan banyak method statistical analysis yang kena tau. Tapi sebenarnya ada baik dan buruk kalau pilih mana-mana jenis pun dan tengok minat masing-masing juga la. Akhirnya, analisis makanan juga jadi pilihan.

Cara pilih tajuk?
Nak cari tajuk la aku rasa payah sangat sebab tak tau nak buat projek apa. Kena cari tajuk sendiri, buat draft projek sendiri, supervisor pun ikut nasib la. kalau dah penuh kena cari supervisor (sv) yang lain.. kira siapa cepat dia dapat la.. akhirnya, aku jumpa supervisor aku yang sekarang ni,tajuk dah ada siap-siap aku cuma perlu yakin kan sv yang aku nak buat bawah dia dan kena buat draft projek dan fahamkan. Cari tajuk pun selesai.

Apa yang aku buat selepas dapat tajuk??
Ni perkara yang memeningkan. kena search jurnal berkenaan denagan tajuk aku. aku guna sains direct je. Masa ni aku rasa nak termuntah tengok jernal banyak-banyak. Maklum la mula-mula kita memang tak biasa dengan jurnal-jurnal ni semua. nak baca pun tak faham, lama-lama baru la mahir sikit. alhamdulillah. Aku bernasib baik sebab dapat sv yang prihatin. Aku dan beberapa lagi member yang bawah sv yang sama diberi taklimat kecil @perbincangan berkenaan projek masing-masing. masa nak bentangkan projek masing-masing secara individu memeng cuak gila.. sebab tak faham sangat dengan tajuk yang diberi. Untuk FYP 1 jam kredit, kami dikehendaki membentangkan tajuk masing-masing dan menyiapkan report.. aku hanya dapat B+ je masa ni.. Sedih la juga sebab sepatutnya bolehla dapat A, ada juga member yang dapat A kan.. sob3... sabar je la.. ada masa lagi.. kena usaha keras lagi ni.

lepas habis sem 6, kami dah boleh mulakan projek.. masa ni cuti sem, siapa yang buat projek melibatkan makmal, jangan mimpi la dapat balik. Duduk la berkampung kat umt tu... huhuu... balik pun seminggu nak raya.. berkorban segala-galanya.. siapa yang buat servey kat kampung halaman boleh la balik awal kan..

Disebabkan tajuk aku berkaitan dengan ikan, aku kena tunggu ikan sampai dulu.. nak siang ikan, buang isi ikan, bersihkan kulit ikan untuk dibuat gelatin. Semua ni memakan masa selama 3 hari dengan bantuan beberapa member-member.

Apa masalah yang aku hadapi?
Sebenarnya banyak masalah yang aku tempuhi masa nak siapkan FYP aku ni. Antaranya, masalah pindah makmal. Disebabkan makmal aku ni kena pindah ke fakulti baru, banyak masa terbuang dengan menunggu sehingga makmal buka, alatan pasang dan sebagainya. Perkara ni sangat memeningkan kepala aku masa ni. junior-junior aku patut beruntung dengan kemudahan yang mereka ada masa ni.. kami guna alatan lama dan sangat tidak mencukupi.
Masalah berebut alat. Benda ni sangat kritikal sampaikan staf makmal kena buat perjumpaan dengan kami2 yang menggunakan alatan yang sama dan buat jadual giliran. Benda ni berjalan sekejap je, dan akhirnya alat  ni rosak... lagi sekali kena cari penyelesaiannya.
akhirnya, aku pergi ke fakulti lain dan gunakan disana... alhamdulillah.. ramai yang membantu.. Allah banyak membantu... Masalah tak cukup radas pun dah jadi perkara biasa bagi aku... kami ramai ok nak guna kan alatan yang sedikit tu. banyak lagi la masalahnya.. antaranya sample tak jadi, kena tunggu giliran yang lama, buat sample memakan masa yang lama...

Disebabkan masalah2 ni aku jadi stress untuk siapkan projek ni.. sampai kesatu tahap aku rasa nak give up... tapi cepat2 aku positifkan diri dan kuatkan semangat balik.. apa tak nya.. nak siapkan sample sendiri pun memakan masa yang sangat lama sampai kan kena minta lab staf buka makmal hari minggu atau waktu malam... tengok.. kritikal tak masa ni... sampaikan sv kami kata... kesian kat batch u all, sebelum ni tak pernah jadi macam ni pun... sebab makmal pindah dan alat rosak semua jadi kelam kabut.. tak pe.. pensyarah semua baik hati.. banyak bertolak ansur.
sepatutnya kami kena bentangkan progres pada masa yang ditetapkan tapi ditangguh atas sebab ramai yang tak siap lab work lagi... dan berapa kali juga la.. tarikh hantar report dilambatkan sampaikan tarikh hantar draft dan final thesis pun dilambatkan.. tengok.. betapa mereka sayang dan sangat prihatinnya pada kami ni.. tak nak tengok kami dapat keputusan yang teruk.. alhamdulillah.. mereka sangat berjasa..

Tapi kami yang under 1 sv ni banya betul masalahnya.. masa nak present ada je benda yang tak siap.. dah progress tu, banyak lagi yang lompong2 sebab lab work tak sempat siap.. nak present apa kan.. kena teruskan juga la.. sv aku juga la banyak bagi dorongan tuk siapkan.. kalau tak aku rasa nak give up dah... terima kasih sangat-sangat la pada doktor aku tu...

Pengajarannya, kita kena kuat semangat, jiwa kental, jangat mudah putus asa. selalu berharap dan bersangka baik dengan allah, nikmat yang diberikan dan sentiasa bersyukur..

aku memang bersyukur sangat-sangat atas keputusan yang aku dapat iaitu A-. walaupun bukan A+ tapi tu je la yang termampu selepas apa yang dah berlaku semasa nak siapkan projek ni..
sampaikan beberapa hari tak tido untuk siapkan thesis, makan tak tentu. bangun tido ingat thesis, duduk terperap dalam bilik buat thesis.. dah tak tau pasal dunia luar... sangat mencabar masa ni... Menagis dah berapa kali pasal thesis je... sampaikan berat aku pun turun 5 kg masa ni... haha.. bagus ni pada sesiapa yang nak diet kan... kena buat thesis... haha...

Yang penting kita kena selalu ingat yang allah ada, kena banyakkan berdoa dan sentiasa bersyukur atas nikmat yang allah berikan. contohnya kalau sesuatu perkara tu dipermudahkan allah... ucapkan lah rasa syukur ya allah atas bantuan mu.. mungkin ni yang sering aku buat masa buat FYP ri tu.. setiap apa yang dipermudahkan oleh allah, serta merta akan timbul rasa syukur tu.. insyallah.. semua akan berjalan dengan lancar.. perkara yang tak disangka.. mulanya aku tak yakin yang aku boleh siapkan dan jilid thesis ni.. akhirnya... siap juga kan.. jilid juga walaupun markah ada yang ditolak sebab lewat hantar.. hasil yang tak memuaskan sv.. kena buat balik.. cari maklumat nak sokong keputusan yang aku dapat.. bukan senang tapi bila selalu buat akan jadi mudah..

banyak lagi yang terbuku kat hati ni.. tak pa lah.. biar la tersimpan saja... kang type panjang berjela pula... cukup la setakat ni... kalau ada masa aku boleh bagi tips2 serba sedikit pasal FYP ni nanti... insyallah la... 


Sunday, December 22, 2013

Impian, harapan, kejayaan dan angan-angan

Assalamualaikum..

Yeahh.. terlepas beban sikit.. baru je lepas siapkan report terakhir untuk sem ni.. maknanya.. cuti dah nak dekat... ehhh..  bukan.. final exam dah nak dekat la... harap2 semuanya berjalan dengan lancar. Thesis pun tak abis lagi... alamat balik bulan 2 juga la nanti..

sedihnye rasa.. balik melaka seminggu je.. pas tu dah kena sambung latihan industri(LI) kat alor setar, kedah.. amik ko... pilih lagi tempat jauh-jauh kan... huhuu... 

Selama 4 bulan LI kat Hosital Sultanah Bahiyah, mungkin boleh dapat banyak pengalaman kat sana. Jauh berjalan luas pemandangan kan.. pemandangan la sangat.. ingat nak g holiday ke... yeahh..
I LIKE.. Actually, aku tak pernah sampai sana pun lagi.... sob2.. sedih je kan.. sebab tu la aku pilih kat sana... Mana tau boleh pergi langkawi ke... opsss.... nak g holiday je keja nya.. haha..
Ye la... nanti aku tetapkan niat... g li.. tambah ilmu dan pengalaman.. sambil tu boleh jalan2 alor setar... tengok tu...  bak kata org sambil menyelam minum air...

Bila nak abis sem ni mula la fikir masa depan kan.. tak salah berangan... Angan2 kalau usaha boleh jad kenyataan oii...

insyallah.. aku akan dapat kan juga... semua dengan izin ALLAH..

"YA ALLAH MOHON BERI PETUNJUK DAN JALAN TERBAIK BUAT KU... AMIN..."

OK... aku nak attach segala impian aku kat sini.. boleh ke... harap2 kalau sesiapa yang baca tu boleh tolong doakan.. betul tak.. 

1. Nak tambah ilmu dan kemahiran..



Aku biasa dengar ceramah yang mengatakan...

Rasulullah pernah bersabda:
"Jika kamu mahukan dunia, adalah dengan ilmu. Jika kamu mahukan akhirat, adalah dengan ilmu. Jika kamu mahu dunia dan akhirat, adalah dengan ilmu."

tengok... pentingkan ilmu... tak kira la ilmu dunia atau akhirat keduanya penting bagi aku. Selagi kita berada di atas muka bumi ni, kutip la ilmu sebanyak yang mungkin yang akan memberi manfaat pada diri kita, keluarga dan masyarakat.. insyallah..

macam mana nak tambah ilmu duniawi dan akhirat.. untuk aku ni, aku baca buku je... skema la kan... kalau lagi advance, search je kat google... macam2 maklumat kita boleh dapat..

tapi jangan lupa, ingat kan diri sendiri tuk kaji kalam allah.... Alquran & hadis panduan hidup kita... insyallah... boleh buat... kena mula kan sikit demi sedikit... 

Dari segi ilmu kemahiran pula..

Disebabkan aku ni otak asyik fikir bisness2 n bisness... Aku nak belajar sesuatu yang boleh buat aku hidup diatas kaki sendiri... iaitu.. berniaga... nak berniaga apa... tak kira la dengan cara baking ke, menjahit ke atau jual tudung....

yes.... ni minat aku juga ok..

aku ada simpan angan-angan nak jahit baju aku sendiri dan ambil tempahan jahitan... mesti masyukkk punyakan... 

google..


sapa yang tak suka baju cantik2 kan...  semua orang perlukan pakaian kan...
ok.. this is my way...

Kalau orang kata, yeah.. hang nak menjahit nak baking semua ni.. baik jadi suri rumah je kan...
ops.... u olll silap tu... saya ada cita2 saya sendiri ok... BUSINESS WOMAN... sebelum ni pun aku dah pernah jual2 kek, coklat, dan biskut raya... kecil-kecilan je la...  mungkin sebab jiwa berniaga tu ada dalam diri ni.. maklum la keluarga ramai berniaga... 

“Ya Allah, berikanlah kami kefahaman, berikan kami ilmu yang bermanfaat dan berkatilah ia agar menjadi kebaikan di dunia dan menjadi bekalan amal bagi kami di akhirat kelak.. Amiin”.

Permulaan nya mencari ilmu.. Eh kenapa la susah2 nak belajar ni kan... aishh... syaitan akan selalu menghasut... huhuu.. baik je terus cari kerja... nanti dapat degree tak kan nak berniaga pula..
oittt... ingat senang nak dapat kerja.. aku memang akan cari kerja mengikut aliran apa yang aku belajar sebelum ni... Dont worry... ni semua sebagai persediaan ok... 

Pengorbanan pertama yang perlu aku tempuh ialah nak dapatkan duit untuk belajar segala kemahiran yang aku nak ambil tu... dengan izin Allah, ada jalannya.. akan aku gunakan duit tu sebaik mungkin untuk menimba ilmu..
jadi, dari sekarang tak boleh la boros2... 

2. Perkara dan benda yang aku inginkan...

Setiap orang ada cita-cita dan harapan masing-masing kan... aku pun macam tu juga.. hati ni dah mula meronta-ronta ingin dapat kan sesuatu.... apa tu.. dah lama inginkan..

DCLR
 
 Ni dia.. camera DCLR... Buat masa ni memang tak la nak beli... sabar ye wahai hati... bukan nya apa, aku rasa tak perlu lagi buat masa ni.. cukup la guna camera handphone ni dulu tak pun beli camera yang kecil2 tu je.. ok juga apa.... aku memang suka ambil gambar.. tak semestinya gambar aku kan... tapi kebanyakannya gambar aku.. cuba tanya family ku... agak2 dalam ramai2 tu siapa yang suka ambil gambar?? huhuu... mesti diorang kata aku la tu.. hehee.... yeahh...

meawww..
 huarrrr.... sejak bila aku rasa nak bela kucing ni... padahal kat rumah aku punya la banyak kucing.. buat tak tahu je kan... Comel sangat.... aku suka tengok kucing2 ni sejak join group kucing parsi ni....
kucing parsi . siapa yang tak terpikat... kalau boleh nak sekor.. bela jadi peneman dikala kesunyian.. haha... aku akan dapat kan sekor juga nanti... nak yang bulu lebat2... agak2 ada tak orang nk jual murah...??

lagi... aku ni kaki jalan juga tau.. cuma sekarang ni ja.. tengah belajar... jangan nak sibuk2 fikir nak pergi melancong je... tapi hakikatnya itu la yang aku suka... hehe.... harap2 nanti dapat husband yang suka travel juga la... hahaa.... sama minat.. lagi syiokkk....
ok.. pepe pun... aku berhajat sangat dapat bawa mak aku tunaikan umrah kat makkah... 

impian nak pergi sini...

Ni mungkin destinasi pertama yang aku akan tuju kalau fulus dah cukup nanti... yang pasti lepas dapat kerja la kan.. doakan....   Selain tu, aku nak jalan2 cuti2 Malaysia la pula.. bukan semua tempat aku dah pergi... maklum la, rasa baru permulaan hidup.. perh.. umur dah 22 kot.. contohnya sabah... teringin nak pergi sana....


Mungkin sebab aku ni minat pada photography juga kot, sebab tu aku suka kalau dapat pergi bercuti ni... tak kira la tempat bersejarah ke, masuk gua, pantai, air terjun... janji tak panjat gunung... semput pula rasa... huhuuu.... 

Sebenarnya ada banyak lagi impian materialistic yang aku ingin kan... tapi tak pa, simpan dulu.. haha.. yang penting usaha untuk dapatkannya.. tak mustahilkan.. 

Apa-apa pun ingat pesan pensyarah aku... hidup jangan berhutang... yeah.. saya ingat tu dr... nak bayar ptptn dulu ni.. banyak tu.. ada sesiapa yang nak tanggung ke... untung la kan..

3.  Masa depan



Ehem2...ni issue sensitif.. Disebabkan dah nak abis belajar... mesti ramai yang akan plan soal jodoh ni kan... ok.. teruskan ye rakan2 ku.. nanti hantar kad undangan.. untuk aku yang masih menanti jodoh yang hanya allah saja tahu siapa, akan meneruskan hidup seperti biasa.. kih3.. huihhh... siapa la nak kat kita ni.. sob3... tak baik kata g2 kan... so, pape pun, jodoh pertemuan semua atas kuasa allah... dah ditetapkan sejak azali lagi... mungkin jodoh ku sedang perbaiki diri.. sama macam diri ini.. jadi, sabar2 la ye.. kalau umur panjang jumpa la tu jodoh kita.. kalau boleh dapat yang sama minat.. demand pula tu.. tak tau lagi siapa yang sudi, dengan nak tanggung hutang ptptn lagi..huhuu.. insyallah... yang penting kerja dan terus perbaiki diri untuk menuju syurga Allah... jom...



 








There was an error in this gadget