eqa

snow

Followers

Wednesday, April 24, 2013

ABAH!!! Jauh dimata dekat dihati...... Semoga Roh mu dicucuri rahmat...


Assalamualaikum.... 

Apa Khabar semua... eqa demam n selsema la hari ni... kepala pun dah pening2... harap diberi kekuatan dalam diri ni....



Selepas buat kewajipan sebagai hamba allah tadi... tibe2 eqa teringat sesuatu....
Ya Allah... ESOK genab 2 tahun pemergian insan yang bergelar abah dalam kamus hidup ku....
terus perasaan sedih menyelubungi diri.... 
Masyaallah... cepat nya masa berlalu....

Sempena 2 tahun pemergian abah... eqa terfikir untuk publishkan nukilan yang dah lama eqa buat, 2 tahun yang lepas... nasib baik ada lagi tau.... masa eqa menaip tu, masih berada dalam kesedihan.... dan sambil menitiskan air maka menap ni....sekarang baru mampu untuk publishkan dalam blog ku sendiri...  bila baca balik... perasaan tu masih sama seperti dulu....

harap2 sesiapa yang baca ni akan lebih menghargai ayah, abah, papa dan yang seangkatan dengannya... sayangi mereka... selagi nyawa masih dkandung badan... insyallah.... 

Nukilan buat abah......


Abah..

              Ungkapan yang sering ku sebut untuk memanggilmu. Ini abah, itu  abah. Setiap perkara yang diinginkan aku akan perlukan abah. Dari kecil hingga besar abahlah yang sering ada di sisiku. Memberi setiap benda yang aq perlukan, inginkan. Sanggup menghabiskan wang dan berkorban tenaga untuk anak-anak sepertiku. Mengejutku ke sekolah dan kadang-kadang tidak diendahkan kejutannya. Sudah menjadi kebiasaan abah bangun awal dari kami adik beradik. Dialah yang akan bersiap dahulu walaupun pada hakikatnya dia sangat penat apabila balik dari kerja pukul 1 atau 2 pagi. Selepas siap, dia akan membuat air milo untuk kami yang hendak ke sekolah ini dan menghantar kami adik beradik. Aku rindu saat itu... Abah lah yang sering berulang alik untuk hantar dan ambil ku kesekolah walaupun panas terik.... tak pernah mengeluh demi anaknya.... tu tak termasuk kalas tambahan yang aku pergi, terpaksa tinggalkan kerja untuk menjemputku...Aku bersyukur mempunyai seorang abah yang sangat perihatin terhadap anak-anak. abah banyak berjasa untuk ku...

berisi tak abah......

Abah..

               Jasamu, wajahmu akan sentiasa dikenang sampai ke hujung nyawa. Engkaulah yang banyak berkorban dan dorongan untukku sampai ke menara gading. Tidak akanku lupakan itu semua. Aku tahu bukan balasan yang engkau harapkan tapi aku berjanji akan menjadi insan berguna dimasa akan datang. Hanya iringan doa yang ku perlukan. Ya ALLAH, aku berjanji tak akan menuntut apa-apa dari abah ku ini diakhirat... dia lah yang menghantarku menuntut ilmu agama mahupun duniawi...hanya mengharapkan ko menempatkannya di kalangan orang beriman dan syurgamu....


ni gambar yang aku sayang tau...

Abah..

              Aku rasakan pertemuan denganmu amat la singkat. 2o tahun usiaku engkau pergi meninggal kan kami...Pabila mendengar engkau sakit, aku mula risau. Badanmu sudah susut, selera makan sudah hilang, badan sudah tidak berdaya apatah lagi untuk berjalan pun sudah tidak larat. Aku yang duduk berjauhan denganmu sangat sedih dan sering menitiskan air mata jika memikirkan penderitaan penyakit yang tidak tahu puncanya. Engkau menanggung sakit tetapi apabila emak bertanya abah sakit tak? Abah sering kata tak sakit. Pergi ke klinik sudah berkali-kali, berubat tradisional dah banyak tempat. Tetap tiada perubahan. Aku hanya mampu berdoa, aku yang jauh melanjutkan pelajaran ke negeri pantai timur tidak dapat selalu balik menjengukmu. Pernah satu ketika semasa aku balik bercuti dari universiti, engkau sanggup menjemputku meneman mak... sangat terharu bila mak cakap abah dah bangun juga tuk jemput ku padahal boleh je adik dan mak ambilkan aku... Ya allah... gelab lagi pagi tu, mesti sejukkan abah pakai baju tebal tu... dengan badan yang susut dan kurus.... Maafkan saya abah. tak dapat bersama sentiasa....

Abah..

                Merata tempat pergi berubat. Akhirnya abah tetap begitu. Pada hari isnin abah sangat lemah. Abah memanggil emak. Abah kata "Jah.. Abang rasa lemah sangat".Masa itu mak mula risau. Mak panggil anaknya yang sulung kmuadian anak-anak yang lain. Masa itu abah peluk semua anak-anaknya kecuali aku yang berada di universiti... Abah cakap, abah sayang semua. Pada hari itu mak pnggil semua adik beradik abah. Setiap sorang abah nak jumpa walaupun dalam keadaan yang sanggat lemah. Akhirnya abah dihantarkan ke hospital dengan menaiki ambulan malam isnin itu juga... Aku hanya diberitahu melalui telefon.masa tu abah masih sedar dan boleh bercakap... dalam fikiranku... mungkin biasa2 saja... akak ku menghantar gambar, tengok abah terlantar dihospital, dah kurang bercakap...

Abah..

                  Hari berlalu. Abah masih dihospital. Mak dan anaknya yang sering menjaganya. Pada hari isnin selepas semiggu di hospital, emak telefon aku lagi. Mak kata abah dah tak sedarkan diri dan dimasukkan kedalam wad icu. Mak suruh aku balik untuk tengok abah. Dalam pada yang sama aku sedang menduduki peperiksaan akhir semester di universiti. Baru dua 'paper' habis. Masa itu aku nekad untuk balik ke Melaka. Apa nak jadi, jadilah. Yang penting aku dapat jumpa abah. Sampai di Melaka hampir nak subuh. Mak dah tunggu dalam linangan air mata. Aku tanyakan keadaan abah. Mak hanya kata, macam itu juga. Masih tidak sedar.Aku terus ke hospital untuk tengok abah.

gambar ni aku ambil masa balik sekejap tuk tengok abah...

Abah..

                Air mataku tidak dapat dibendung lagi. Berlinang air mata ni melihat abah yang terlantar, dengan wayar sana sini, tebuk perut. Abah sudah kaku. Tidak mampu untuk berkata. Mata terpejam. Ya Allah.. Selamatkan abah. Aku tidak berhenti berharap agar abah sedar walaupun keadaannya yang kritikal. aku ke surau hospital tuk bersolat hajat untuk mu abah.... Aku perlu balik segera ke universiti disebabkan peperiksaan yang menantiku dua hari lagi. Aku jaga abah di hospital. Disebabkan wad icu tidak boleh masuk sesuka hari, aku berjaga diluar. Semasa diluar, ada juga keluarga lain yang turut sama menunggi keluarga mereka, bentang tikar diluar wad. selama seminggu abah didalam wad icu, koma... ada beberapa jiran2 katil abah yang dah pergi mendahului abah... Sebelum balik aku ajar abah mengucap, mengingati allah selalu... aku harap sangat abah dengar...Ya allah... sanggup ke aku menghadapinya....

Abah..

                Aku sentiasa mendoakan kesihatan abah pulih tapi apakan daya. Allah lebih menyayangi abah. Abah pergi meninggalkan aq dan keluarga selepas dua hari aq balik ke universiti. Pagi yu mak telefon, maka kata abah dah tak ada... Ya allah... luluh hati ku... kalau balik pun memang tak dapat tengok abah... jadi, aku tak balik saat kematian abah, aku hanya dapat melihat abah buat kali terakhir melalui handphone 3g kawanku... melihatmu... tak terkata hati ini... mak nasihatkan supaya teruskan dengan final exam ku... aku hanya mampu berdoa dari jauh...Aku juga terasa terkilan bila tidak dapat menciummu dan menatapmu buat kali terakhir. Hanya iringan doa yang mampuku beri. Semoga Allah merahmati roh abah. Aku amat menyintai dan menyayangi abah sampai bila-bila. Aku akan sentiasa merinduimu abah.. Apabila terkenangkan abah aku akan mula menitiskan air mata. Mampukah aku hidup tanpamu?? Aku merasakan seperti telah patah sebelah sayap. Aku harap aku dapat mengharungi hari-hari kemudian dengan baik tanpa kehadiranmu abah. Terima kasih abah.

Ya allah.... sedihnya hati...
walaupun abah dah dua tahun meninggal kan kami.... hakikatnya, banyak sumbangan yang masih abah berikan kepada kami sekeluarga... biar lah kami sekeluarga je yang tahu.... alhamdulillah....

Doakan abah eqa berada bersama orang yang beriman tau.... insyallah.... terima kasih semua....:)

 

Sunday, April 21, 2013

Hobi Saya dulu suka kumpul Duit syiling dan duit kertas lama.... TAPI sekarang......

Assalamualaikum....

Sambil-sambil buat report pemprosesan dan pengawetan tetibe je aku teringat kat barang aku yang dah hilang.... sedih awak.... sedih2.... saya paling tak suka kalau barang saya hilang... So, jangan la amik barang saya atau curi barang saya.... pinjam tak pe ye.... tapi, kadang-kadang Allah nak uji kesabaran kita. dia ambil apa yang diberi kat kita... adehhhhh..... tapi masalahnya saya tak puas hati dengan orang yang ambil barang saya tu la.... tak puas hati laaaaa...... sakit hati saya tau....

sampai hati awak buat saya macam ni.... tu yang saya tak boleh terima... :)

ape benda nye yang hilang sampai aku tak puas hati tu....?????

ni dia....

duit2 syiling, duit2 kertas lama yang aku kumpul.... dari sekolah lagi kot... 
tu pun nak ambil ke...... bukan tu je, awak juga dah ambil cincin batu mak saya... yang saya simpan... sampainye hati awak....

kalau saya tau awak yang ambil..... awak ingat saya nak maaf kan awak.... aikkkkk....
ok2... saya maafkan awak.... tapi awak tau tak mencuri tu berdosa... hukum allah sape yang mencuri kena potong tangan tau...

awak tau tak saya tak sempat pun nak ambl gambar duit2 syiling dan duit kertas lama saya tu....

bila saya tau duit2 lama saya hilang, saya menitiskan air mata awak.... 
awak tau tak betapa lembutnya hati saya... eh... mesti awak tak pernak pegang hati saya kan... kalau boleh pegang pun saya tak bagi awak pegang hati saya.... selagi awak tak berubah, jangan harap saya nak respect awak... awak faham tak.....????? eh.... awak baca ke blog saya... mesti tak baca kan...
awak tu sape nak baca blog saya..... 

erm..... 

memang la duit2 lama tu tak bernilai.... tapi bernilai bagi saya.... 

korang pernah dengar tak orang kumpul duit2 lama???? mesti ada kan... tengok betapa bernilainya duit tu.....

aku tak sempat pun nak susun duit2 lama aku tu dalam album tau.... dah ada yang curi...

antara duit yang aku  ada, korang ingat tak duit seringgit lama...

seringgit lama.....
ni dia, korang ada simpan tak... sebenarnya aku ada beberapa keping... sekarang tinggal sekeping je.... macam mana nak tunjuk kat anak cucu nanti duit2 lama ni kalau satu pun tak simpan.....

yang ni masih ada sekeping... sebab saya simpan tempat lain...


aku simpan semua duit2 lama dan dari negara lain tu kat dalam angpau raya je pun... sebab tak de la banyak sangat.... tapi ada la beberapa keping duit kan.... tak la bernilai sangat bila tukar ke duit malaysia.... tapi dah nama nya hobi.... aku memang suka kumpul....

antara koleksi duit dari negara lain, singapura, china, indonesia, arab dan len2... aku pun dah lupa... 

duit2 tu pun ada yang orang bagi, ada juga yang aku jumpa tepi2 jalan je.... 

sebab saya tak puas hati, sebab ada yang sanggup mencuri.... awak ni orang jenis apa ye....
sebenarnya saya tak tau pun sapa yang curi duit saya... tapi saya ada agak seseorang.... saya buat tak tau je... tak nak panjang kan cerita....  ok... kalau orang yang mencuri barang saya tu baca pun saya tak kisah... sapa yang makan cili dia la yang rasa pedasnya.... biar saya je tau sape orang tu... uhuk2.... ade yang terasa ke.... kalau terasa sila pulang kan barang saya..... 

ok... sampai sini je....

erm.... tak de rezeki.... redho je la.... 
lepas ni sesiapa yang nak bagi duit2 lama kat aku, aku alu2 kan la.... hehee.....


 


Saturday, April 20, 2013

NAMA PUN PELAJAR, MEMANG MACAM NI.... SABAR JE LA.....


Assalamualaikum….

Apa khabar kepada sesiapa yang membaca tu….
 Harap2 semua berada dalam keadaan baik dan dirahmati allah selalu….
 Kalau rasa nak demam, selsema, batuk.. cpat2 jumpa dr ye… nanti melarat pula… 
dah seminggu pun balik Terengganu ni.. balik2 je sini, kena pula demam n selsema… jumpa dr yang Handsome kat PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI baru baik... kih2.... tipu la tu... sihat sebab makan ubat la awak... dr bagi ubat selsema dengan demam dan bagi pula vitamin C... HAAAA... memang sihat la... alhamdulillah....

kehidupan aku kat sini agak complicated la juga Sejak kebelakangan ni... aikkkkk.... bukan sebelum ni pun sama ke???  huhuuu.... lebih kurang la... tapi kali ni tambah pula commitment dengan final year projek ku.... projek kesayangan ku.... kalau tak siapkan alamat tak graduat la... nauzubillah... minta dijauhkan.... sebenarnya aku baru melepasi hari-hari yang kritikal…..hahaa… kritikal sebab apa ye???sebabnya.... aku kena siapkan 5 lab report mggu lepas.. banyak tak..??? mesti korang cakap sikit kan.... nak lagi banyak.. ok... ada test subjek processing lagi, meeting dengan supervisor FYP lagi.. tu pun aku rasa cukup banyak... nak tambah lagi... ok... test English Occupational Purpose.... agak2 ada lagi yang terlepas pandang... ok... abaikan....

minggu lepas kan aku kena jumpa supervisor..... huray.... memang aku suka kalau g jumpa SV ni.... hahaa... suka la sangat... ehhh... memang suka la.... kalau tak sapa lagi yang nak tolong aku, bagi pendapat bagai.... susun ayat, betul2 kan ayat aku yang grammer entah betul ke salah.... hahaa.... 

sebelum cuti memang sv dah suruh wat kerja apa yang patut... tak yah la g tau kne wat apa.... bukan faham pun.... 

dengan selambanya... aku ingat balik cuti minggu pertama memang tak de perjumpaan dengan supervisor.... TAPIIIIIII.... Nasib tak menyebelahi aku.... 
kawan aku g tau, kata malam ni jumpa supervisor....
WHATTTTT........!!!!! HUHUUUU...

tak siap lagi la method yang sv suruh buat tu.... apa nak buat ni.... malam ni kot.... ok.... sempat lagi balik kuliah terus mengadap laptop... tak toleh kiri kanan dah..... focus2.... nak bli makanan pn tak jadi tau.... taip punya taip...... dapat message dari member..... 
"meeting malam ni tunda malam esok"....... huhuuuuu.....
YA ALLAH.... penyelamat.... alhamdulillah....

bangun dari kerusi, g buat apa yang patut n turun bawah beli makanan.... lapo nye......kih2... tinggalkan dulu kerusi , meja....
maksudnya aku ada lagi satu malam la nak menyiapkan dan memahami method FYP aku tu..... 
malam tak tidur sampai ke pagi.... siapkan lab report dulu... then, baru buka FYP.... huhuuu..... mata macam panda, kepala dah pening2 lalat.... aku tak kisah... asalkan keja siap..... akhirnya report siap... FYP pun walaupun tak complete lagi tapi ada juga la hasilnya.... 

lepas subuh tidur sejam sebelum bangun g kelas.... perhhhhhh...... 
ada lab wat burger laaaa....
nasib baik best...
kalau tak alamat aku tido dalam kelas la kan...

malamnya g jumpa SV.... allah permudahkan segalanya..... nasib baik tak kena marah..... huhuuuuu....

lega sehhhh.....

balik blik sambung tido... hahaaa... boleh pula....

minggu ni apa yang akan blaku pula eh..... erm..... tabahkan hati, sabar banyak2.... harap2 allah permudahkan segalanya....
 sebenarnya aku tengah selak2, menghafal perkataan jepun....
minggu depan ada test bahasa jepun...

banyaknye perkataan kena hafal.... doakan saya ye....

kalau masuk bilik aku mesti jumpa benda ni..... jum baca adik2.....
cantik tak tulisan tu..... tu la tulisan jepun.... kalau orang jepun ni tengok mesti die kata tak cantik la, tulisan macam budak2... ye la... kami belajar pun macam budak tadika belajar... macam belajar A, B, C.... KIH2.....
 eh.. panjang pula entry ni... sebenarnya nak bagi resepi popiah nestum yang aku buat cuti hari tu....
 entry lain la pula.... 
 okkkk.....

sayoonara........:)



Friday, April 12, 2013

AIR TANGAN MAK: LAKSA LEMAK, SAYANG MAK..


Assalamualaikum…

Lama nya tak tambah entry kat blog ni.. rindu pula nak menaip kan..
Nak buat macam mana busy memanjang..
Busy2 pun lab report pun tak siap lagi.. apa la yang aku buat cuti ni…
Esok dah nak balik Terengganu… mau tak tido malam siapkan segala report dan fyp ni…

Ok… nak simpan resepi laksa lemak yang mak buat pagi tadi ni…
Mak buat aku duk tengok2 je… tolong sikit2 juga la..
Tetiba je mak buat laksa lemak ni… ape hal pula kan… hahaa… ni anak die yang sorang ni la mintak.. dah nak balik baru la sibuk suruh mak buat… kena la mak g pasar pagi2 beli barang… kejam ke…
Hehee…. Sebab tu la saya saying mak saya tau… sebab mak saya pun saying saya…
Boleh pula kan… 

Ni resepinya…. Hasil pemerhatian dan tolong sikit2…
Resepi ni sederhana piuk banyaknya…
Bagi anggaran je, insyallah jadi…. Tak perlu teliti sangat la nak bergram2. Last2 kita gak makan…



Resepi laksa lemak

1 bungkus laksa-direndam semalaman
8 ekor ikan selar(sederhana besar)- lagi banyak lagi rasa ikannye.
1 biji bawang merah besar
5g lada hitam biji
1 ½ biji kelapa
2 batang bunga kantan
1 genggam daun kesum- banyak pun sedap tau
2 sudu garam kasar-rasa la ye…
1 keping asam keping

Sayur untuk makan bersama laksa:
Timun
Kacang panjang
Salad
*Cili padi ditumbuk.

CARA-CARA:

#Proses ikan dulu..
1.       Masukkan ikan yang telah dibersihkan kedalam piuk untuk direbus. Pastikan air menutupi ikan tau…
2.       Masak sehingga ikan betul-betul masak.
3.       Asingkan isi ikan dan tulang ikan.
4.       Hancurkan isi ikan dengan menggunakan mesin pengisar, tak perlu hancur sangat tau..
5.       Kemudian, hancurkan tulang ikan pula, nak dapat kan pati tulang ikan. tapis air tulang ikan tu tau, tak nak tulang masuk dalaam kuah nanti
6.       Masukkan isi ikan, air tulang ikan dan air lebihan masak ikan ke dalam piuk yang sederhana besar.
#Proses santan pula
1.       Kelapa parut diperah bersama sedikit air. Dapatkan santan pekat ye.. nanti lg berlemak lagi sedap. Kalau nak lagi senang kisar je kelapa parut dengan air dengan menggunakan mesin pengisar.
2.       Santan hendaklah ¾ dari piuk ye.

# Proses bahan lain
1.       Tumbuk bawang merah dan lada hitam
2.       Potong bunga kantan kepada 4 bahagian
3.       Daun kesum dibung batang
4.       Masukkan semua bahan kedalam periuk tadi
5.       Masukkan asam keeping
6.       Akhirnya, baru boleh buka api periuk tu eh.
7.       Masak sampai mendidih, masukkan garam kasar tadi..
8.       Ok… dah siap…
9.       Potong segala sayur untuk dimakan sama( aku makan dengan timun je).

rebus dulu laksa tu sampai lembut... tak nak bagi melekat boleh alirkan air paip kat laksa tu..

Dah boleh makan ye…. Yum2… senang kan… sape nak makan boleh buat sendiri… hehee….
taraaa... dh licin laksa di aku keja kan..... hehee....