eqa

snow

Followers

Saturday, March 29, 2014

Keputusan 'Final Year Project' sains makanan tidak menghampakan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. terbuka juga pintu hati ni nak menaip di blog yang sangat kekurangan ni. Banyak perkara yang terbuku dekat kepala ni nak di taip kan kat sini.. apakan daya line internet pun macam siput sedut.. macam mana nak menaip... ok.. tak nak salah kan siput la.. salah kan diri sendiri yang malas sebenarnya.. haha...

Ya Allah..
 aku bersyukur sangat2 sebab engkau la yang maha kaya, maha mengetahui, maha agong yang dah banyak membantu aku selama ni.. menjadi tempat bergantung dan berharap.
sungguh.. janji mu kejayaan untuk orang yang berusaha tak kan sia-sia. 
dengan bantuanmu dan keredhaanmu..

ok.. kali ni aku nak abadikan kegembiraan dan rasa syukur aku kat sini..Walaupun keputusan final year projek ni dah beberapa minggu keluar.. tapi masih di ingatan dan ingin dikongsikan di sini sebagai kenangan aku untuk masa akan datang. 

Sebelum tu aku nak perkenal kan apa itu 'final year project' atau singkatannya FYP dan dalam bahasa melayu disebut Projek Tahun Akhir. Sebagai seorang pelajar sains makanan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), kami memang diwajibkan mengambil subjek ni untuk melengkapkan jam kredit dan sekali gus melayakkan kami untuk bergraduat. Subjek ni  diambil selama 2 sem iaitu semerter 6 (tahun 3) dan semerter 7 (tahun 4). Jumlah jam kredit untuk subjek ni adalah sebanyak 6 jam kredit dimana 1 jam kredit diambil semasa semester 6 dan 5 jam kredit diambil semasa semester 7.

Jenis projek tahun akhir yang ditawarkan?
1) Analisis makanan
2) Survey
3) Perkembangan produk atau "product development"

aku awal-awal lagi tak nak buat survey sebab tak nak serabut dengan nombor-nombor dan banyak method statistical analysis yang kena tau. Tapi sebenarnya ada baik dan buruk kalau pilih mana-mana jenis pun dan tengok minat masing-masing juga la. Akhirnya, analisis makanan juga jadi pilihan.

Cara pilih tajuk?
Nak cari tajuk la aku rasa payah sangat sebab tak tau nak buat projek apa. Kena cari tajuk sendiri, buat draft projek sendiri, supervisor pun ikut nasib la. kalau dah penuh kena cari supervisor (sv) yang lain.. kira siapa cepat dia dapat la.. akhirnya, aku jumpa supervisor aku yang sekarang ni,tajuk dah ada siap-siap aku cuma perlu yakin kan sv yang aku nak buat bawah dia dan kena buat draft projek dan fahamkan. Cari tajuk pun selesai.

Apa yang aku buat selepas dapat tajuk??
Ni perkara yang memeningkan. kena search jurnal berkenaan denagan tajuk aku. aku guna sains direct je. Masa ni aku rasa nak termuntah tengok jernal banyak-banyak. Maklum la mula-mula kita memang tak biasa dengan jurnal-jurnal ni semua. nak baca pun tak faham, lama-lama baru la mahir sikit. alhamdulillah. Aku bernasib baik sebab dapat sv yang prihatin. Aku dan beberapa lagi member yang bawah sv yang sama diberi taklimat kecil @perbincangan berkenaan projek masing-masing. masa nak bentangkan projek masing-masing secara individu memeng cuak gila.. sebab tak faham sangat dengan tajuk yang diberi. Untuk FYP 1 jam kredit, kami dikehendaki membentangkan tajuk masing-masing dan menyiapkan report.. aku hanya dapat B+ je masa ni.. Sedih la juga sebab sepatutnya bolehla dapat A, ada juga member yang dapat A kan.. sob3... sabar je la.. ada masa lagi.. kena usaha keras lagi ni.

lepas habis sem 6, kami dah boleh mulakan projek.. masa ni cuti sem, siapa yang buat projek melibatkan makmal, jangan mimpi la dapat balik. Duduk la berkampung kat umt tu... huhuu... balik pun seminggu nak raya.. berkorban segala-galanya.. siapa yang buat servey kat kampung halaman boleh la balik awal kan..

Disebabkan tajuk aku berkaitan dengan ikan, aku kena tunggu ikan sampai dulu.. nak siang ikan, buang isi ikan, bersihkan kulit ikan untuk dibuat gelatin. Semua ni memakan masa selama 3 hari dengan bantuan beberapa member-member.

Apa masalah yang aku hadapi?
Sebenarnya banyak masalah yang aku tempuhi masa nak siapkan FYP aku ni. Antaranya, masalah pindah makmal. Disebabkan makmal aku ni kena pindah ke fakulti baru, banyak masa terbuang dengan menunggu sehingga makmal buka, alatan pasang dan sebagainya. Perkara ni sangat memeningkan kepala aku masa ni. junior-junior aku patut beruntung dengan kemudahan yang mereka ada masa ni.. kami guna alatan lama dan sangat tidak mencukupi.
Masalah berebut alat. Benda ni sangat kritikal sampaikan staf makmal kena buat perjumpaan dengan kami2 yang menggunakan alatan yang sama dan buat jadual giliran. Benda ni berjalan sekejap je, dan akhirnya alat  ni rosak... lagi sekali kena cari penyelesaiannya.
akhirnya, aku pergi ke fakulti lain dan gunakan disana... alhamdulillah.. ramai yang membantu.. Allah banyak membantu... Masalah tak cukup radas pun dah jadi perkara biasa bagi aku... kami ramai ok nak guna kan alatan yang sedikit tu. banyak lagi la masalahnya.. antaranya sample tak jadi, kena tunggu giliran yang lama, buat sample memakan masa yang lama...

Disebabkan masalah2 ni aku jadi stress untuk siapkan projek ni.. sampai kesatu tahap aku rasa nak give up... tapi cepat2 aku positifkan diri dan kuatkan semangat balik.. apa tak nya.. nak siapkan sample sendiri pun memakan masa yang sangat lama sampai kan kena minta lab staf buka makmal hari minggu atau waktu malam... tengok.. kritikal tak masa ni... sampaikan sv kami kata... kesian kat batch u all, sebelum ni tak pernah jadi macam ni pun... sebab makmal pindah dan alat rosak semua jadi kelam kabut.. tak pe.. pensyarah semua baik hati.. banyak bertolak ansur.
sepatutnya kami kena bentangkan progres pada masa yang ditetapkan tapi ditangguh atas sebab ramai yang tak siap lab work lagi... dan berapa kali juga la.. tarikh hantar report dilambatkan sampaikan tarikh hantar draft dan final thesis pun dilambatkan.. tengok.. betapa mereka sayang dan sangat prihatinnya pada kami ni.. tak nak tengok kami dapat keputusan yang teruk.. alhamdulillah.. mereka sangat berjasa..

Tapi kami yang under 1 sv ni banya betul masalahnya.. masa nak present ada je benda yang tak siap.. dah progress tu, banyak lagi yang lompong2 sebab lab work tak sempat siap.. nak present apa kan.. kena teruskan juga la.. sv aku juga la banyak bagi dorongan tuk siapkan.. kalau tak aku rasa nak give up dah... terima kasih sangat-sangat la pada doktor aku tu...

Pengajarannya, kita kena kuat semangat, jiwa kental, jangat mudah putus asa. selalu berharap dan bersangka baik dengan allah, nikmat yang diberikan dan sentiasa bersyukur..

aku memang bersyukur sangat-sangat atas keputusan yang aku dapat iaitu A-. walaupun bukan A+ tapi tu je la yang termampu selepas apa yang dah berlaku semasa nak siapkan projek ni..
sampaikan beberapa hari tak tido untuk siapkan thesis, makan tak tentu. bangun tido ingat thesis, duduk terperap dalam bilik buat thesis.. dah tak tau pasal dunia luar... sangat mencabar masa ni... Menagis dah berapa kali pasal thesis je... sampaikan berat aku pun turun 5 kg masa ni... haha.. bagus ni pada sesiapa yang nak diet kan... kena buat thesis... haha...

Yang penting kita kena selalu ingat yang allah ada, kena banyakkan berdoa dan sentiasa bersyukur atas nikmat yang allah berikan. contohnya kalau sesuatu perkara tu dipermudahkan allah... ucapkan lah rasa syukur ya allah atas bantuan mu.. mungkin ni yang sering aku buat masa buat FYP ri tu.. setiap apa yang dipermudahkan oleh allah, serta merta akan timbul rasa syukur tu.. insyallah.. semua akan berjalan dengan lancar.. perkara yang tak disangka.. mulanya aku tak yakin yang aku boleh siapkan dan jilid thesis ni.. akhirnya... siap juga kan.. jilid juga walaupun markah ada yang ditolak sebab lewat hantar.. hasil yang tak memuaskan sv.. kena buat balik.. cari maklumat nak sokong keputusan yang aku dapat.. bukan senang tapi bila selalu buat akan jadi mudah..

banyak lagi yang terbuku kat hati ni.. tak pa lah.. biar la tersimpan saja... kang type panjang berjela pula... cukup la setakat ni... kalau ada masa aku boleh bagi tips2 serba sedikit pasal FYP ni nanti... insyallah la...