eqa

snow

Followers

Thursday, February 9, 2012

CENDAWAN BERSAMA SOUN




Malas la pulak nak masak sayur bagai.. So, aq decide  nk mask cendawan dengan soun. Senang je.. Disebabkan cendawan masih berbaki kt dalam peti ais 2, 2 yang aq masak kn je pe yang ada.

RESEPI CENDAWAN BERSAMA SOUN

1 genggam Cendawan
5 bungkus kecil Soun
1/3 bahagian carrot
1 btg cili merah
1 btg cili hijau
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Bahan tumis:
3 bj bawang  merah
3 bj bawang putih

CARA-CARA:

1. Tumbuk bahan-bahan tumis dan tumis sehingga garing.
2. Masukkan smua cendawan, carrot, sound an cili. Masukkan air dan garam.

Senangkan.. Macam masak sayur jgak.. Selamat mencuba..

KEK COKLAT KUKUS


Hari ni aku berkesempatan masuk dapur, dah beberapa hari aku kepenatan sebab menguruskan majlis kahwin akak aku. Alhamdulillah.. Semuanya berjalan dengan lancar.
Aku nk share cara buat kek kukus ni... Perh.. sedap tau.. sebelum ni aku tak pernah  buat lagi kek kukus ni, kalau kek coklat bakar aku biasa la... kek ni simple tp mmg best la...
Aku dapat respi ni dari blog jgk, respi chef..  Pagi ni cepat2 aku try resepi ni.. barang  semua ada kan... So, pe lagi.. try jgn x try.. x rugi pn..


ni versi cup cake... angry bird lg...
                                            RESEPI KEK COKLAT KUKUS

100g serbuk koko
1 tin susu cair
                               200g minyak masak                             
250g susu pekat
150g gula castor
4 biji telor
150g tepung gandum
1 st soda bikarbonat
1 st baking powder 
Coklat ganache:
1 cwn susu pekat
1 cwn srbuk koko
1sb margerin

Cara-cara:

1. Campurkan semua susu cair, minyak masak dan susu pekat ke dalam piuk dan masak dengan api yang     sederhana. Tidak perlu mendidih.
2. Pukul telur hingga berbuih. Kemudian, masukkan gula castor dan pukul lagi.
3. Masukkan soda bikarbonat, baking powder, koko dan tepung gandum yang telah diayak.
4. Kacau hingga sebati.
5. Masukkan ke dalam Loyang yang telah dilapis dengan kertas minyak( aq guna kertas A4 je..heee...) dan disapu mentega dikeliling Loyang..
6. Kukus selama sejam. Pastikan pengukus benar-benar panas..
7. Untuk buat ganache. Satukan susu pekat, serbuk koko dan margerin. Panaskan dengan menggunakan api perlahan sehingga sebati.

Ha... dh siap pn kek kukus ku ini... senang x??? Hasilnye memang berbaloi la... semua orang suka... moist sangat..... mak aku pn cakap sedap tau.. Gula pun aku dah kurangkan.. tak nak manis-manis sangat.... K la.. Selamat mencuba semua...
There was an error in this gadget