eqa

snow

Followers

Monday, May 25, 2015

RESEPI APAM NASI

Assalamualaikum

Siapa pernah makan apam nasi? Pernah tengok tak. Apam ni aku biasa makan masa kecil-kecil dulu. Sedap. Ingat tak yang selalu jual warna pink, hijau, kuning. Macam-macam warna kan. Dah besar ni baru la tau tu apam nasi. Lembut, aroma nya wangi dan kalau makan boleh agak la tu apam nasi. Haha. Nak cuba tak. Memang tak rugi la kalau buat ni. Apam ni pun aku pernah jual kat bazar ramadhan.
budak- budak memang suka apam ni. Mungkin sebab warna nya yang menarik. Sampai ada masa tu sorang budak ni beriya suruh mak dia belikan padahal dah banyak beli juadah lain. Nak tak nak mak nya belikan juga la. Tempat aku berniaga tu, sebelah peniaga yang ada anak-anak kecil.. selalu la budak ni datang cekup je kuih apam aku ni. Tengok-tengok keluar je tangan dari bawah meja tu.. tak pe la dik. Makan je la. Ok, jom tengok resepinya pula.

Bahan-bahan

2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 1/2 cwn gula pasir
2 1/2 cwn air
2 sd kecil yis

Cara-cara

1. Satukan nasi dan air ke dalam blender. Blend sampai hancur atau halus.

2. Masukkan gula dan blend lagi.

3. Satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.

4. Masukkan adunan yang dah di blend tadi kedalam campuran tepung dan kacau sebati.

5. Perap adunan selama 3 jam supaya adunan kembang.

6. Panaskan pengukus dan balut penutup pengukus tersebut.

7. Sapukan minyak pada acuan kecil dan masukkan adunan hampir penuh ye.


Letakkan pewarna sikit
8. Kukus selama 15 minit.

ok.. dah siap. Selamat menikmati apam beras ni.. sedapnye makan dengan kelapa parut muda.

RESEPI PUDING KARAMEL MUDAH, LEMBUT DAN SEDAP

Assalamualaikum

Siapa kat sini suka puding karamel. Mesti ada kan. Puding karamel ni selalu makan sejuk-sejuk lagi sedap la. Cara nak buatnya senang sahaja. Aku pun belajar dari blog kak Rai. Akak ni sangat pandai buat kek dan memasak la. Puding ni pun aku pernah jual kat bazar ramadhan. Memang laku la. Jadi aku pun kongsikan di sini pula ya.


Cuba tengok teksture nya nampak lembut kan.

BAHAN-BAHAN

Caramel
6 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air

Puding
5 biji telur (gred B)
5 sudu besar gula kastor
400ml susu sejat
1 sd kecil esen vanilla

CARA-CARA

1. Untuk membuat caramel, satukan gula dan air, panaskan di atas api sehingga gula mencair dan kekuningan. Berhati-hati ya, jangan terlampau kuning keemasan sangat. Nanti pahit pula. Selepas gula cair, masukkan kedalam acuan yang ingin kita gunakan. Aku guna loyang steal kecil saja. 

2. Dengan menggunakan blender (selalu guna untuk blend cili tu), satukan telur, gula, esen vanilla. Blend sebati selama 1 minit. 

3. Kemudian, masukkan susu sejat dan blend selama seminit lagi.

4. Panaskan oven dengan suhu 160-170, gunakan api atas bawah. Masukkan loyang kedalam tray yang telah dimasukkan air panas separas loyang caramel. Kira macam double boiler la.. bukan bakar terus dekat api. Boleh bayangkan kan. Ok.

5. Bakar sehingga masak. Nak tau masak tak, tekan sedikit kat caramel tu. Tengok dah keras sikit maknanya dah masak la tu. dalam 40 minit. Mesti keluarkan caramel dari loyang semasa masih panas tau. sebab tak nak la gula caramel kt bawah tu mengeras. Nanti tak cantik pula.



SEKIAN..



DIY HANTARAN KAHWIN TEMA PEACH DAN MERAH

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak kongsikan hantaran yang pernah aku buat. Ni hantaran adik aku,simple je. Semua ni aku siapkan semasa aku praktikal kat alor setar, kedah. Jadinya kebanyakan barang aku beli kat sana la. Semua sekali ada 7 dulang hantaran dari pihak lelaki. Jom kita tengok gambar ye.


7 duulang hantaran

separang baju kurung, losyen dan bedak

Telekung

Sejadah

kek lapis dan kuih

kasut dan bag

Tafsir al-quran dan buku

sirih junjung

Untuk duit mas kahwin pun aku ada buat juga la.. beli kotak dan hias. senang je kan. 

mas kahwin
Nak tengok pengantin ke... 
kongsi 1 gambar je tau..huhuuu.. 
Selamat pengantin lama.. Masa aku buat entri ni adik ipar aku dah nak dapat baby dah pun.. hehee.. 
lama  betul. baru nak update blog. apa boleh buat.


Sekian...

RESEPI PUTERI AYU SEDAP

Assalamualaikum.

Lama betul aku menghilangkan diri, tak update blog ni. Agak-agak ada yang baca ke. Tak kisah la kan, mana tau ada yang singgah nak cari resepi. Hari ni aku nak kongsikan pada semua kuih puteri ayu yang biasa aku buat dan pernah buat untuk jual masa bulan puasa tahun lepas. Resepi ni aku dapat dari blog  rossitamz. Resepi ni aku dah bahagikan separuh. Jadi hasilnya akan dapat dalam 20 biji. Insyallah.. semoga bermanfaat.




BAHAN-BAHAN

2 bijji telur (gred c)
125 g tepung gandum
150 g gula 
1 sd teh ovallate (ambil membukit sikit)
1/2 sd teh baking powder
125ml santan
1 sd teh pes pandan
pewarna hijau

BAHAN UNTUK KELAPA

2 cwn/ secukupnya kelapa muda parut 
1/2 sudu garam halus
1 sd teh tepung jagung
acuan 
sedikit minyak masak untuk disapu ke acuan

CARA-CARA

1. Pukul telur, gula dan ovallete sehingga kembang dengan menggunakan hand mixer.
2. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, pes pandan dan pewarna hijau. Kacau sebati.
3. Sediakan acuan kuih, sapu kan minyak masak kedalam acuan supaya kuih tidak melekat semasa nak keluarkan nanti.
4. Cara untuk sediakan kelapa parut. Untuk menjadikan kelapa tahan lama. kita mestilah mengukus dahulu kelapa selama 10 minit dan taburkan sedikit garam halus dan tepung jagung. Gaul sehingga sebati. Tujuan kita meletak tepung jagung supaya kelapa parut nanti tidak berderai atau pecah semasa kita keluarkan dari acuan.. ok ye.
5. Masukkan adunan yang dah siap tadi hampir penuh dengan acuan ye. Nanti kuih kita tu akan kembang lagi cantik.
6. Pastikan pengukus kita sudah betul-betul panas barulah masukkan acuan yang berisi adunan tadi. 
Masak selama 10 minit.

Tips:
semasa mengukus, pastikan kita meletak kain di penutup pengukus supaya wap air tidak menitis diatas kuih kita ya.
Jika batch pertama kita masak, kita dapati kuih kita agak bantat atau keras sedikit, kita boleh tambahkan sedikit ovallet kedalam adunan dan kacau sebati.

ok.. itu sahaja resepi yang dapat dikongsi. Insyallah menjadi dan senang sahaja buat kuih ni kan.. 




There was an error in this gadget