eqa

snow

Followers

Monday, May 25, 2015

RESEPI PUTERI AYU SEDAP

Assalamualaikum.

Lama betul aku menghilangkan diri, tak update blog ni. Agak-agak ada yang baca ke. Tak kisah la kan, mana tau ada yang singgah nak cari resepi. Hari ni aku nak kongsikan pada semua kuih puteri ayu yang biasa aku buat dan pernah buat untuk jual masa bulan puasa tahun lepas. Resepi ni aku dapat dari blog  rossitamz. Resepi ni aku dah bahagikan separuh. Jadi hasilnya akan dapat dalam 20 biji. Insyallah.. semoga bermanfaat.




BAHAN-BAHAN

2 bijji telur (gred c)
125 g tepung gandum
150 g gula 
1 sd teh ovallate (ambil membukit sikit)
1/2 sd teh baking powder
125ml santan
1 sd teh pes pandan
pewarna hijau

BAHAN UNTUK KELAPA

2 cwn/ secukupnya kelapa muda parut 
1/2 sudu garam halus
1 sd teh tepung jagung
acuan 
sedikit minyak masak untuk disapu ke acuan

CARA-CARA

1. Pukul telur, gula dan ovallete sehingga kembang dengan menggunakan hand mixer.
2. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, pes pandan dan pewarna hijau. Kacau sebati.
3. Sediakan acuan kuih, sapu kan minyak masak kedalam acuan supaya kuih tidak melekat semasa nak keluarkan nanti.
4. Cara untuk sediakan kelapa parut. Untuk menjadikan kelapa tahan lama. kita mestilah mengukus dahulu kelapa selama 10 minit dan taburkan sedikit garam halus dan tepung jagung. Gaul sehingga sebati. Tujuan kita meletak tepung jagung supaya kelapa parut nanti tidak berderai atau pecah semasa kita keluarkan dari acuan.. ok ye.
5. Masukkan adunan yang dah siap tadi hampir penuh dengan acuan ye. Nanti kuih kita tu akan kembang lagi cantik.
6. Pastikan pengukus kita sudah betul-betul panas barulah masukkan acuan yang berisi adunan tadi. 
Masak selama 10 minit.

Tips:
semasa mengukus, pastikan kita meletak kain di penutup pengukus supaya wap air tidak menitis diatas kuih kita ya.
Jika batch pertama kita masak, kita dapati kuih kita agak bantat atau keras sedikit, kita boleh tambahkan sedikit ovallet kedalam adunan dan kacau sebati.

ok.. itu sahaja resepi yang dapat dikongsi. Insyallah menjadi dan senang sahaja buat kuih ni kan.. 




No comments:

Post a Comment