eqa

snow

Followers

Tuesday, August 14, 2012

RESEPI PAVLOVA &SEJARAHNYA



Mesti ramai yang dah tahu kan apa itu PAVLOVA??? Dan ada juga yang belum tahu PAVLOVA tu sejenis apa… Kalau nak tahu, pavlova adalah sejenis dessert atau orang melayu kata pencuci mulut. Kenapa aku sibuk nak menaip pasal pavlova ni? Apa yang menarik sangat kan?? Ish.. Mesti la menarik. Kalau x, buat apa la aku buat entry ni kan. Dah lama juga la aq tahu pasal pavlova ni, tengok macam biasa je, cream2 bagai pas tu letak buah2 kat atas dia...
Sebenarnya, nama pavlova ni diambil sempena nama penari ballet Anne Matveyevna Pavlova. Semasa beliau melawat New Zealand, seorang cheff hotel disana telah menghasilkan pavlova ni. Ada percanggahan yang mengatakan pavlova berasal dari Australia tp New Zealand lg kuat la..Cara penyediaannya juga mudah. Kenapa suka makan pavlova ni?? Mungkin sebab diluarnya rangup, dalamnya lembut dan ringan. Serta ada kombinasi buah buahan yang masam-masam. Sangat sesuai la, manis+ masam= balance taste.. Sebab itu la x de rasa manis sangat kan, walaupun bahannya putih telur+ gula.
Aku x de la suka sangat pun. Lepas kawan-kawan aku post hasil dia buat pavlova dan ada juga yang nak cuba-cuba buat pavlova. Pe lagi, terasa nak mencuba juga la. Menarik la..
Bahan untuk buat pavlova ni tak de la banyak sangat. Ni dia resepinya.. Di ambil dari blog cahaya cinta ku. Terima kasih ya..

Masa yang dituggu2 tuk membeli barang.. tak de pe sangat yang perlu dibeli, Cuma kena beli buah-buahan dan whipping cream je la. Erm.. Aku rasa nak guna strawberry dan kiwi je. Pe lagi, pasar raya terdekat la jdi mangsanya. GIANT…. Huhu… buah strawberry Cameron x de la pulak, nak beli yang oversea punya mahal kot. Jadi aku beli buah kiwi je la. Tambahkan buah nenas. Ok la tu kan.


RESEPI PAVLOVA
4 biji putih telur ayam( bukan dari peti sejuk ye)
¾ cwn gula (jangan manis2 ye)
1 sudu besar tepung jagung (rangup bila bakar nnti)
1/2 sudu teh cuka makan (untuk stabil kan merange)
1/2 sudu teh esen vanilla (menghilangkan bau telur)


CARA-CARA
1. Panaskan oven 140oC dalam 20 minit, pastikan guna api bawah sahaja. Suhu diturunkan ke  120-100oC apabila hedak bakar ye.
2.     2.   Mula2, asingkan putih telur dan kuning telur.
*Pantang larang (kena ikut tau nnti x jadi plak).
  Pastikan putih telur tak bercampur dengan kuning telur atau lemak. Lg 1 pastikan    alatan yang     digunakan 2 bersih, x boleh ada sedikit pun kekotoran. Ni tips nk wt
meringues tau.

3.Kemudian, putar putih telor pada kelajuan tinggi terus dan pukul sampai putih telor tu gebu (soft peaks).. Korang putar guna button paling max terus tau, takyah nak bermula dgn kelajuan rendah pun..
4. Nak tahu dia dh soft peaks ke blum, cuba terbalikkan mangkuk 2, meringues 2 x jatuh.

5. Masukkan gula kastor sikit demi sedikit.. Jgn berenti putar tau.. sambil masukkan gula sambil putar..

6. Putar sampai kental.. dlm keadaan mixer masih berputar, masukkan 1 sudu besar tepung jagung td ke dalam adunan tersebut.. putar lg 3 minit gitu..

7. Kemudian, masukkan tepung jagung, cuka dan esen vanila. Adun kn sampai sebati.

8. Pastu sila kaup balikkan meringue tersebut sampai adunan sebati.. kaup balik dgn lemah lembut.. jgn ganas2 sgt.. kalau boleh pusingan spatula tu satu arah je..

9. Seterusnya.. sediakan dulang pembakar, lapikkan dgn baking paper.. dan tuang adunan td ke atas baking paper..

10. Make sure masa bentukkan adunan tu, jgn buat terlalu tebal atau terlalu nipis.. kalau boleh keliling dia lebih tinggi dr tengah.. mcm nak buat benteng la kiranya..
11. Pastu apa lagi.. masukkan la dlm oven.. letak kat rak tengah2 tau.. suhu antara 120 - 100 darjah celsius.. bakar selama 1 jam 15 minit..

Proses pembakaran bergantung jugak pada jenis oven.. lain oven lain cara menggunakannya.. so pandai2 la nak agak pavlova tu dah masak ke belum..

Nak tau pavlova tu dah masak, kulitnya garing di luar dan lembut di dalam .. maksudnya bila kita tekan2 permukaan pavlova tu, kita akan rasa lembut2 sket..

Semasa proses pembakaran, jgn nak ngengada bukak tutup oven lak.. lempang kang tgn tu.. pi la kemas dapur ke hape ke kan masa nak menunggu pavlova tu masak..

Bila dah cukup 1 jam 15 minit, sila JANGAN kuarkan pavlova tu dr oven.. biar jap beliau sejuk dlm oven tu dgn keadaan pintu oven sedikit renggang..

Biar le jap beliau bersauna dlm oven tu dlm 10 minit.. pastu barulah kuarkan.. biarlah beliau seketika.. meh kita buat topping dia dulu ye...

Bahan2 Topping :

                                                Secawan @ 250 ml whipping cream..

Aku guna whipping cream brand ni.. jgn beli sembarangan whipping cream tau.. tak semua whipping cream sesuai.. make sure beli jenis yg Non Dairy (bkn tenusu)..

Ada org dok tertanya2 apesal la whipping cream dia takmau kental2 walaupun dah lama dok putar.. tu sbb dia salah beli jenis whipping cream..

Nak senang, kat kotak tu ada tulis cake and dessert topping.. aku beli kat kedai bakery je.. beli jenama rich's..

~ Putar whipping cream dgn kelajuan tinggi.. putar sampai kental.. lama gak nak jd kental tau.. dlm 10-15 minit gak kot aku putar..

~ Sementara tu jugak, sila potong buah2an yg nak di gunakan.. aku guna stoberi, anggur hitam dan kiwi je.. blueberry ada, tp aku lupa lak nak taruk.. cehhhh...

Potong mengikut suka hati korang.. nak lonjong ke, segi empat ke, up to you..!!

Cara2 Menghias :
~ Pindahkan pavlova td dgn berhati2 ke dalam bekas.. pavlova ni sgt lembut tau dlmnya.. macam mashmallow, sbb tu kena berhati2 masa nak asingkan dr baking paper..

Di sbbkan aku buat 2 layer, layer pertama aku letak krim + buah2..

Lapis lagi dgn layer seterusnya..

Tutup lg dgn krim.. Ohhh, terbanyak lak letak krim.. kalau boleh takyah la byk sgt, kang hilang lak rasa pavlova tu.. taruk sedang2 aje..

Korang boleh google imej pavlova utk lihat cara org hias pavlova.. aku je yg terlebih bubuh krim.. yelahkan, whipping cream ni mahal kott.. ahahah.. korang bubuh sedang2 je tau..

Last sekali atur buah2an.. susun ikut kreativiti anda.. siapppp... sejukkan dulu dlm peti ais sblm di mkn.. mkn time krim dia sejuk2 lg sedapp.. kalo tak paham sila tanya.. kang sesat jalan kang..