eqa

snow

Followers

Monday, August 3, 2015

WALLPAPER KAISON CANTIKKAN PINTU KABINET DAPUR

Assalamualaikum.

Lama betul tinggalkan blog ni, kadang-kadang memang terasa nak update selalu tapi selalu sangat mengabaikan blog yang tak seberapa ni. Lagi-lagi bila dah kerja, kemalasan melanda diri.haha..

Cetusan idea untuk ubah suai pintu kabinet dapur ni bila aku tengok pintu kabinet dah agak lama dan boring la, warna tu je kan. Tambahan pula dah nak raya, makin menjadi-jadi idea nak ubah suai dapur tu. Jadinya, aku pun singgahlah kaison beli segulung wallpaper kaison, harganya murah RM19.90 je dan dah siap berpelekat. Tinggal nak tampal je. Senangkan.

Projek ni aku mula beberapa hari sebelum raya tapi terpengkalai sampai ke lepas raya baru siap. haha.. malas sangat dah tu.. ok, x pe. janji siap juga kan.

Sebenarnya, sebelum pasang wallpaper ni aku bersihkan dapur dulu la, sental daki-daki minyak yang dah lama kat tingkap tu. Berpeluh juga la, mengecat bingkai tingkap, cat kabinet dapur tu dulu, punggah habis barang-barang dalam kabinet tu. Tu yang makan berjam sampai kepenatan. 

jom tengok gambar sebelum, gambar ni je ada. Tu pun dah tampal 2 pintu kabinet.

SEBELUM
Sila abaikan segala barang yang bersepah tu ya, bulan pose memang dapur akan terlebih berselerak. hahaa.. Nampak tu, terkopek-kopek dah pintu kabinet tu. Bila kena air selalu, pecah dah bawah-bawah pintu tu. Jadinya, selesaikan masalah ni dengan menampal wallpaper kaison ni ha. Aku pilih warna coklat dan corak seakan-akan kayu. Sebab aku rasa yang macam ni lagi sesuai untuk pintu kabinet.. hahaa.. Aku bukan la pandai sangat nak memilih ni, kita hentam saja la. Janji sedap mata memandang. Hasil selepas siap.. jeng..jeng..jeng..

SELEPAS
  Nampak lebih kemas kan. Barang-barang kat atas tu pun dah berkemas sebab dah habis pose kan. Susun atur rak pinggan atas tu sebenarnya aku baru ubah. Nampak kemas sikit la. Tengok pintu kabinet tu, dah tak nampak segala pecah-pecah dan yang penting nampak baru kan. Senang je menampal ni, kita kena ukur dulu panjang pintu terus dekat wallpaper tu. Lepas tu gunting dan tampal. Senangkan??.. Wallpaper ni aku guna sikit je pun, banyak lagi 1 gulung tu. Boleh buat projek lain plak lepas ni, dah ada dalam fikiran ni. Tunggu je la..

Ok.. SEKIAN 

TERIMA KASIH SEBAB SUDI MEMBACA.. BYE..

2 comments:

  1. Hi, can I contact you through your email? I've something to share that might interest you.

    Aaron
    aarongrey112 gmail.com

    ReplyDelete
  2. Hi,wallpaper ni beli di mana ya?thanks redzaamar@yahoo.com

    ReplyDelete

There was an error in this gadget