eqa

snow

Followers

Tuesday, February 19, 2013

Yong tau foo Pulau Gadong Melaka BEST!! Singgah yuh...

 Assalamualaikum...

Rasa macam dah lama tak menaip entry dalam blog ni... sekarang ni aku dah berada di kuala terengganu.... cuti semester pun dah habis dan baru je mendaftar sem baru semalam.. tak tau la apa perasaan aku sebenarnya... sedih, gembira ke x de perasaan??... entah la.. dah semester 6 ni...huhuu... kena pulun lagi la sem ni dengan final year projek dan subjek yang nampak susah kan... insyallah semuanya akan bejalan dengan lancar... doakan ye.... 

Masa cuti hari tu aku bekerja... sebab tu la lambat betul nak update blog... hehee.... padahal line internet pun slow kan...  entry kali ni aku nak cerita pasal tempat kerja aku selama ni.. dari lepas sekolah rendah aku memang kerja sini kalau masa cuti... cari duit lebih la kata kan...hehee.. nama kedai ni Restoren Yong Tau Foo Gelombang Biru Melaka.... dekat bertam perdana..
nak juga ajak blogger-blogger singgah makan sini kalau datang melaka... jom tengok gambar-gambar dulu... gambar ni ada yang aku ambil sendiri dan ada juga yang aku ambil dalam google image je... minta halal ye sesape punya gambar tu....
  
ok... ni gambar dari depan restoran....... restoren ni 2 tingkat...


 Ni pula pemandangan dalam kedai pula... banyak dah berubah dari mula kerja sampai ke sekarang... alhamdulillah... rezeki orang kan.. restoren ni pun dah popular dekat melaka ni... ni adalah cawangan kedua... yang pertama Gerai Mesra Ria, Pantai Puteri Melaka... dekat dengan pantai..



 Restoren ni jual apa je ye...?? Sekarang, restoren ni hanya menjual Yong Tau Foo dah nasi lemak sahaja...

nasi lemak.

 eh... cerita-cerita ni korg tau ke yong tau foo ni apa..?? boleh tengok bahan-bahan kat bawah ni.... Yong Tau Foo ni sup tau... dimakan bersama cili merah... dan sekarang ada cili hitam pulak....
tak perlu risau la bahan-bahan dia ni... semuanya insyallah halal sebab paket bahan ni ada logo halal tau.... Jakim punya.... so, korg kalau makan tak perlu la was-was... korang tak terliur ke aku cerita ni... ok.. tengok gambar pula....


bahan-bahan goreng
 barang goreng ni antaranya bebola yang pelbagai jenis.. contohnya bebola ikan, selmon, udang, ketam,sotong, daging... ada juga organ dalaman.. contohnya paru, limpa, hati lembu, perut lembu, pedal ayam..

ada juga berbagai jenis bahan goreng yang lain macam tempe, tahu dan macam-macam lagi la...

bahan-bahan frozen pula...
bahan-bahan frozen ni diletak dalam frezer korang boleh pilih dalam tu... siap ada angry bird lagi...
 sudut tepi pula ada sayur-sayur segar... boleh pilih kat situ...

sayur-sayur segar
Cara nak pilih makanan ni.....

sapa yang pertama kali datang boleh la tanya dekat pekerja yang ada dekat situ.... macam mana nak pilih... tapi sebenarnya senang je.... korang boleh ambil mangkuk merah dekat dengan tempat pilih tu... dan boleh la start pilih eh....  dari hujung sampai ke hujung... semua boleh pilih.. tapi kena ingat makin banyak korang ambil makin mahal la harga makanan korang tu nanti... kalau nak makan sorang boleh pilih dalam separuh mangkuk pun boleh... nanti dah potong dan masak memang jadi banyak tambah pula ada sup kan... kalau jenis makan banyak suka hati la nak pilih banyak mana...
Bila dah siap pilih boleh bagi dekat pekerja yang jaga dekat situ... nanti pekerja tu akan tanya nak campur mee, bihun, kue tiau atau kangkung tak.... haha... macam biasa aku buat... lepas tu pekerja kat situ pun tanya lagi nak makan sorang ke hidang.... kalau sorang makan dalam mangkuk merah tu juga la... kalau nak makan ramai2 boleh la buat hidang.... order minuman dan meja tempat korang akan duduk pun akan diambil sekali...
lepas tu, bahan-bahan yang dah dipilih tu akan dihantar ke belakang untuk dipotong dan dicelur...
korang perlu tunggu je dekat meja masing-masing... nanti pekerja akan hantar makanan korang tu...

ni la hasilnya lepas dicelur....

satu mangkuk untuk sorang makan...

mangkuk hidang
Harga untuk setiap hidangan bergantung pada banyak mana bahan yang korang pilih... nanti jangan pula kata terlalu mahal sebab bahannye korang yang pilih ye... sebenarnya harga berpatutan... makan kat pizza sampai beratus 1 keluarga takkan makan ni pun nak berkira kan....
 hehe... pengalaman sendiri g pizza... kalau tak seratus ke atas tak sah... untuk makan 1 family la...

restoren ni buka setiap hari kecuali hari isnin... kalau public holiday insyallah akan di buka juga...
start berniaga pada pukul 5.30petang hingga 12.00 malam...

kalau hari minggu memang ramai orang... so, sesiapa yang datang kena banyak2 kan bersabar la sebab mungkin makanan korang akan lambat sampai...

melalui pengalaman... ramai customer yang sanggup tunggu lama semata-mata hendak makan yong tau foo ni.... terima kasih la ye sebab sudi menunggu...

gambar dari blogger lain.... suasana dalam kedai...

apa lagi yang aku tak cerita ye... rasa macam dah cerita mana yang penting tu...

erm.. air pula yang special ABC, mata kucing, barli, segala jenis buah, ice blended pun ada juga....

eh, ada lagi...

kalau nak booking untuk makan ramai-ramai pun boleh... kena bagi tau awal2 la... nanti akan diuruskan untuk meja atas...

nak cerita sikit pasal meja atas ni... selalu customer memang suka duduk meja atas... meja atasakan dibuka bila customer terlampau ramai dan tak ada meja kosong... dan juga bila ada booking dari customer... harap faham eh... hehee....

panjang lebar aku promosi ni (perasan)....
moh le blogger-blogger... satu lagi cawangan dekat pantai puteri pun sama je... kat situ gerai la.. sapa yang suka sejuk-sejuk udara pantai boleh la datang... hehe...
 ok la sampai sini je.. kalau ada masa boleh cerita pasal cawangan lagi satu pula...

blogger yang dah pernah datang restoren ni... korang pun boleh terjah mereka ni...

http://syanasaid.blogspot.com/2012/12/yong-tau-foo-sedap-kat-melaka.html
http://sweetiesaqi.blogspot.com/2012/11/yong-tau-foo-di-pulau-gadong-melaka.html
http://azymemyza.blogspot.com/2012/04/kedai-yong-tau-foo-melaka.html
http://ainraus.blogspot.com/2011/04/yong-tau-foo-melaka.html

terima kasih sebab sudi membaca...

No comments:

Post a Comment