eqa

snow

Followers

Monday, December 31, 2012

IMPIAN & AZAM BIASA AKAN MENJADI LUAR BIASA


Assalamuaikum…


Alhamdulillah, Syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat kita menempuh segala liku, dugaan, cabaran, suka, duka di tahun 2012. Segala yang berlaku mematangkan fikiran supaya kita Berjaya menjadi lebih kuat, tabah, sabar dan yang penting Berjaya mendidik minda kearah kebaikan…  

Huhuuuhuray…tengah menghitung waktu untuk masuk ke tahun baru.. yahh... 2013 coming!!!!

dah nak masuk tahun baru ni… pe impian tahu lepas yang masih belum dilaksanakan..?? owh… selalu itu la yang orang akan Tanya kan.. ok… aku x nak ulas impian yang lepas ok.. nak cerita impian tahun baru ni..  semua orang ada azam masing2 kan... termasuk lah aku ni... apa impian yang biasa yang akan menjadi luar biasa kalau kita perolehinya..??? cuba bagi tau sikit... Sebelum ni, impian aku kebanyakannya bersifat material, nak motosikal, handphone baru, nak baju baru, nak beli macam2... tapi bila umur dah mcm aku ni... rasa kena ubah sikit la... tapi alhamdulillah, ada juga yang dah tercapai... semua dengan izin Allah...

Dah bersedia nak baca?? ok... azam aku ni mungkin biasa je macam orang lain tp bagi aku, azam yang akan aku tulis ni mungkin akan memberi aku kekuatan dan berjaya dunia dan akhirat... insyallah.. aku doakan korg pun sama juga..

sejam je lagi.... selamat tahun baru...


IMPIAN DAN AZAM ATIQAH NADIRAH.... 
Sambil tangan angkat kebahu... hee.. saya berikrar.....


# Betulkan niat dulu, setiap perkara yang ingin kita lakukan perlulah datang dengan niat.
1. Menjaga hubungan dengan Allah SWT.
  • Aku akan berusaha sedaya upaya untuk menjaga solat 5 waktu, solat diawal waktu. amalan yang akan ditanya selepas mati nanti adalah solat.... INGAT TU.
  • Mengganti segala puasa ramadhan yang tahun lepas secepat yang mungkit.. kalau kita tak ganti sama seperti kita berhutang dengan allah..
  • Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Setiap yang berlaku, ada hikmahnya, x nak mengeluh dengan segala kekurangan kerana Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita.
  • Menutup aurat dengan sempurna hanya kerana Allah. Walaupun aku tidak la bertudung labuh. berjubah tapi aku akan memastikan imej islam itu ada dalam diri ni. Ya Allah, kuat kan semangat ku untuk taat kepadamu... Pakaian kita melambangkan agama dan siapa diri kita sebenarnya. "setiap kali kita berpakaian,kita mempunyai 2 pilihan iaitu mahu memilih syurga atau neraka...

2. Menjaga hubungan baik dengan keluarga.
  • Keluarga merupakan segala-galanya bagi aku, siapa aku kalau tiada mereka terutamanya emak aku (syurga dibawah tapak kaki ibu). abah dah x da. telah pergi selamanya. Al FATEHAH untuknya.. segala pengorbanan yang abah lakukan akan aku ingat sampai bila2 dan aku x kan tuntut apa2 diakhirat nanti..(ya ALLAH.. menitis air mata bila mengenangkan abah.. harap berjumpa di syurga)...
  • Aku akan pastikan yang aku akan berbuat baik dengan emak dan adik beradik serta kaum keluarga. 

3. Menyayangi diri sendiri.
  •  Aku akan sentiasa memperbaiki diri kearah kebaikan. bagaimana ya cara membetulkan diri?? "caranya adalah dengan perbetulkan cara kita berfikir"
  • Aku akan meningkatkan jati diri, lebih semangat dan kuat menempuh hari yang mendatang.
  • Aku akan buang sifat malas dalam diri sedikit demi sedikit.. eh.. sepatutnya aku kata, aku akan lebih rajin dalam pelajaran, kehidupan dan beribadat.... nak tulis pun kena positif juga..." orang yang menanam benih yang baik pada masa mudanya,insyallah dapat menemui kehidupan yang baik pada masa tua dan juga diakhirat nanti". 
  • Semangat untuk buat Final Year Project nanti... apa tajuk nak buat nanti ni?? kjap nye dah nak buat proposal dah ni..
  • ok, yang ni lain sikit.... azam yang x pernah menjadi.. harapnya akan jadi la tahun ni.. harapan nak turunkan berat badan dan buang segala lemak2 berlebihan... hahaa... "Saya nak berat badan ideal 50.1kg" boleh ke.... sekarang dah 60+++kg.. OK... aku nak bagi tau macammana nak kira ideal body weight ni.... sediakan culculator... klu boleh yang scientifik ye.... 
            Guna Devine formula (formula ni untuk yang berketinggian 5 kaki(feet) ye... 150cm.. kalau    kurang x boleh guna yang ni... ok... aku bagi formula dulu...
  
Cara kira Ideal body Weight (kg): 


MEN       : 50+2.3 kg per inch over 5 feet.
WOMEN: 45.5+ 2.3 kg per inch over 5 feet 

1 feet= 12 inchi
1 inchi= 2.54cm

contoh: aku kira aku punya tinggi ye... 160cm

 1. 160cm / 2.54cm= 62.99inch
 2. 62.99inch /12inch= 5.2 feet
 3. 5.2 feet maksudnya.. 5 feet 2 inch. So, korg ambil yang 2 inch untuk masuk dalam formula ye...   ok.. tengok formula sekarang....  
 4. 45.5+ (2.3 x masukkan nilai inch korg ye). macam ni.... 45.5+ (2.3x2)= 50.1... ok... ni la berat ideal aku..... korg macam mana....??... ok.. teruskan..

  • Menitik beratkan makanan yang sihat.. sebelum ni ada juga ikut tapi kadang2 memang nafsu mengusai segalanya... wah.... ayat... ok.. makan jika perlu sahaja.. tp jgn skip breakfast, lunch n dinner... ok... akan ku praktik kan.... disiplin itu penting ya atiqah...
  • Aku akan boikot barangan keluaran israil yang termampu... contohnya McD.. Last aku makan pada tarikh 11/11/12. makan breakfast meal tyme balik melaka.. rasa terkesan bila berlaku perang kt palastin baru2 ni... aku harap aku mampu, beli kentang goreng n masak sendiri je lepas ni... jom bantu rakyat palastin....
  • tahun ni aku nak daftar jadi pemilih... aku dah cukup umur ye... dah nak masuk 22 tahun ni..  nak daftar kat mana ye, tahun depan dah nak mengundi... insyallah... 
  • aku akan  Stop thinking of bad. x mau dah berburuk sangka dan selalu berfikiran -ve.. sekali skala x pe.. hee.... aku berdoa agar Allah membantu aku menjadi orang yang berfikiran +ve dan sentiasa bersama orang yang berfikiran +ve juga. 
  • Aku nak kumpul duit dengan bekerja sambilan... huhuu... ni pn ada ke... mesti la kan.. duit sangat penting ye... padahal dah pokai skarang ni.. kih2.... bukan mata duitan tapi memang duit penting nak wt macam mana kan.. terima kenyataan la... "Duit bukan segala-galanya tapi segala-galanya perlukan duit.." skarang nak masuk tandas pn kena bayar 30 sen, dulu 20 sen betul tak.. duit jgak tu... "duit tak membeli kebahagiaan, tapi duit memberi keselesaan". betul tu... kalau x de duit, makan pun x boleh... makan 1 hari sekali je la... macam aku ni, nak bejimat punya pasal, kena la beli 1 kali je kat luar.. kadang2 la...
  • Aku juga ingin ingatkan diri ini untuk" jadikan sedekah itu satu tabiat". Rezeki datang dari Allah... so, x mo berkira2 sangat la klu nak memberi tu ye atiqah...
  • apa lagi ye??????? ok... fikir kemudian...( macam la orang kisah kan)   
 4.  Sahabat
  • Bersangka baik dengan rakan-rakan. " apabila kita sibuk perbetulkan diri sendiri, kita x akan nampak kesalahan orang lain". (biar aku je yang mengetahuinya).. hee...
  • Aku akan cuba sedaya upaya untuk menghargai dan menyayangi orang yang ada disekeliling aku... insyallah.. ingatkan kalau lupa...  
*Semua yang aku kongsikan adalah peringatan buat diri sendiri and x de kena mengena dengan sesiapa. Perkara yang baik boleh la dikongsikan bersama dan sesiapa yang ingin membuat teguran, dipersilakan.. ok....  ayat yang berwarna pink tu aku ambil dari buku Dr Muhaya Mohamad, Dastyatnya cabaran pelajar ... suka baca buku dr muhaya ni n ceramah dia pn best2 tau....

terima kasih kerana sudi membaca....

SELAMAT TAHUN BARU 2013.....


No comments:

Post a Comment