eqa

snow

Followers

Friday, December 14, 2012

KOPI TAHI GAJAH, KOPI TERMAHAL DIDUNIA


Pekerja sedang mengutip tahi gajah


Assalamualaikum...

Pernahkah kita terfikir yang kopi boleh jadi sedap dengan bantuan haiwan-haiwan tertentu.. Pada mulanya aku terkejut juga lah pensyarah aku cerita yang kopi termahal didunia ialah kopi tahi musang... kopi ni popular di indonesia... eh... gelinya.. sanggup ke nak minum tu...

Ni la musang yang hasil kan kopi tahi musang 

 
Semalam aku ada terbaca berkenaan yang kopi termahal didunia ialah kopi tahi gajah... aik... dah berubah pulak... musang ke gajah ni... ok2... tak kira lah gajah ke musang ke proses nya tetap sama ye... kopi tahi gajah ni di buat di nagara Thailand.. Thailand kan memang popular dengan gajahnya.. tak mustahil mereka boleh buat kan...


Kopi tahi gajah hanya terdapat di resort ni
 
Kopi ni di beri nama kopi Black Ivory.. Perh sedap nama tu, kalau orang tak tau boleh terminum.. lazat sungguh... Mengikut sumber yang diperolehi, Sebuah hotel telah memperkenalkan kopi Black Ivory. Buat masa sekarang kopi tahi gajah ini hanya boleh didapati di Anantara Resort di Maldives dan Golden Triangle Resort di Chiang Rai Thailand. Berbeza dengan kopi tahi musang, Black Ivory dihasilkan daripada tahi gajah. Black Ivory bukan kopi biasa, sebaliknya ia dijual pada harga yang mahal iaitu kira-kira $1,100 dolar bagi setiap kilogram. Ia bersamaan dengan harga $50 dolar bagi dua cawan kopi berkenaan.
 
 
gajah ni diberi makan buah dan kopi

Wakil bercakap pihak Hotel Anantara menjelaskan bahawa biji kopi dari jenis Thai Arabica yang dipetik dari ketinggian 1500 meter akan diberi makan kepada gajah.


gajah diberi makan kopi



proses mengutip tahi gajah


Hasil dari perkumuhan gajah itu akan dikutip dan dijemur dibawah cahaya matahari. Dikatakan bahawa hasil kajian telah mendapati enzim yang dihasilkan oleh tahigajah itu mengandungi protein yang tinggi.

tu la kopinya.... adeh... jijik rasanya...

“Memandangkan protes memainkan peranan utama dalam menentukan rasa pahit kopi, maka kurang protein bermakna kopi yang dihasilkan akan kurang pahitnya, ’’ demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan hotel berkenaan. Proses menghasilkan kopi itu dilakukan di pusat penjagaan gajah milik hotel berkenaan di utara Thailand. Sebanyak 30 ekor gajah menetap bersama dengan penjaganya.
 
kaya la diorang ni ye... jual kopi dah mahal2.... persoalannya... sanggup ke korang minum air kopi tahi gajah ni.... tapi untuk orang islam benda2 yang bersangkutan dengan najis tak boleh makan ye... ingat 2.... jangan gatai2 nak try plak ye.. hee......
 
 
ok... dadaaa......

4 comments:

  1. salam perkenalan . aawk porg melaka ke ? annti akak jalan kat melaka boleh la jumpa.hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan.. ye... sy org mlaka.. study tganu... insyallah boleh... contact2 la ye... akak duk mana...??

      Delete
  2. erk...klu bagi free pun akak tak nak minum ni dik..hehe:)
    follow sini juga...#23

    ReplyDelete
  3. Bila tau sejarah kopi ni terus..

    eeuuewww tak lalu la... ;)

    ReplyDelete

There was an error in this gadget