eqa

snow

Followers

Thursday, July 4, 2013

Ovalette (Sponge Cake Stabilizer) tu apa????

Assalamualaikum...
aku pun guna jenama ni...
Pernah dengar atau tengok ovalette tak???? kalau biasa buat kek atau kuih ke mesti penah tengok kan..  aku pun kenal ovalette ni beberapa tahun yang lepas la bila sepupu aku buat kek guna benda alah ni... kek dia lembut je kot.... lepas tu masa aku buat kek pun ada bahan ni.. dah tentu la aku kenal... mula2 memang kenal nama je, tak tau pun fungsi dia apa... dah banyak kali guna baru la tau benda ni untuk lembut kan kek, jadi kan kek gebu macam pipi ku.... eh2.. perasan.... 
jom kita bekenalan dengan ovalette ni.....
Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel. macam dalam gambar ye.. 
Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.

Selain kek span ada juga resipi kek Sarawak dan apam yang mengunakan ovalette sebagai bahan penstabil. Sifatnya yang berasid akan membantu telur dalam kek naik dan memerangkap lebih udara dengan lebih cepat.

Ovalette menjadikan kek mudah mengental, stabil dan tidak mudah jatuh ketika ia dikacau, dibakar atau dikukus. Kek span yang menggunakan ovalette mampu mengekalkan bentuk kek di samping menjadikan kek lembut dan gebu setelah dimasak. 
ok... aku pun dah faham... fungsi utama adalah untuk proses emulsification.. macam binding agent juga la kan.. bila lemak dan air bersatu tu la nama nya proses emulsification....
*Pastikan HALAL baru BELI!... nak tau halal tak boleh tengok logo halal ye.... 
sumber

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget