eqa

snow

Followers

Thursday, July 4, 2013

Mentega asli dan mentega susu lepa??? baru tahu info ni....

Assalamualaikum...

Mentega atau butter pun ada jenis2 juga ye... aku ingat sama... tu yang bezanya yang berkualiti dan tak berkualiti kan...????

aku dapat artikal ni dari utusan malaysia... info ni sangat berguna tau.. tak da la kita tertipu bila nak beli butter ni nanti kan... sebab ada harga yang murah dan mahal..... pandai2 la menilai...

Jom baca......

Secara amnya, mentega adalah produk lemak yang diperbuat daripada susu asli. Kebanyakannya diperbuat daripada susu lembu untuk tujuan komersial.

Ia akan melalui proses bagi memisahkan cecair dan lemak susu. Lemak susu itu yang dijadikan pepejal akan dibungkus dan dijual di pasaran dan dikenali sebagai mentega.

Terdapat dua jenis mentega iaitu mentega asli dan mentega susu lepa. Antara jenama mentega asli yang popular yang boleh anda beli adalah seperti Golden Churn, Tatura, SCS dan lain-lain serta mentega lepa susu pula adalah Buttercup, Butterlite dan lain-lain.

Golden Churn
Tahun lepas kecoh pasal butter Golden Churn ni tak halal.. abis la jualan kek lapis kat sarawak tu... patut la kek lapis sedap kan... sebab guna pure creamery butter, butter yang berkualiti.. harga nya pun mahal... kalau dah mahal tu dah tentulah bukan pilihan aku yang tak berapa berduet ni kan... buttercup pun ok jug kan. Tapi sekarang jakim dah keluarkan dan mengatakan jenama ni dah halal.. jom baca akhbar 3 may 2012 ... walau pun dah halal, kalau was2 baik tak payah guna... banyak lagi kan butter kat pasaran... terpulang lah...


tatura butter


SCS butter
semua butter2 kat atas ni aku tak pernah guna... maklum lah setia pada buttercup.. sebelum ni aku tak tau pun ada beza-beza butter ni... mungkin lepas ni boleh try pure butter pula kan...

Mengapakah lemak asli lebih mahal daripada mentega susu lepa? 

Ini kerana mentega asli mengandungi lebih 80 peratus lemak susu dalam kandungan beratnya berbanding mentega susu lepa yang mengandungi kurang lemak susunya.

Maka jika anda menggunakan lemak asli untuk membuat kek dan produk pastri, hasilnya ternyata lebih gebu, enak dan aromanya lebih harum dan sudah tentu lebih menyelerakan.

Kandungan lemak yang lebih dalam mentega asli juga membuatkan harga mentega asli lebih mahal dijual berbanding mentega susu lepa. Walaupun harganya sedikit mahal namun yang penting adalah hasilnya.

Apa salahnya berbelanja lebih sedikit untuk dapatkan kek yang lebih enak untuk keluarga di rumah.

Tetapi, bagi mereka yang ingin berjimat- cermat dalam berbelanja anda boleh menggunakan mentega susu lepa sahaja.

Rasanya tidak jauh berbeza. Selain digunakan untuk membuat kek, mentega juga boleh disapukan di atas roti dan biskut serta membuat roti dan pastri lain.

Selain itu mentega susu lepa juga dicampurkan dengan bahan lain seperti minyak kelapa sawit, susu tepung dan garam.

Anda pasti pernah melihat pada bungkusan mentega tulen ada perkataan yang ditulis bergaram (salted) dan tidak bergaram (unsalted butter).

Jangan keliru, kerana kedua-duanya boleh sahaja anda gunakan untuk membuat kek ataupun biskut. 

Jika mentega itu telah ada garam, maka kita tidak perlulah masukkan garam lagi dalam adunan kek kita.

Mentega mudah mencair jika dalam suhu yang panas jadi anda perlu menyimpan dalam peti sejuk atau dalam keadaan yang dingin.

ok.... good info... next time boleh cari lagi perbezaan butter ni... 


No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget