eqa

snow

Followers

Saturday, May 25, 2013

PROF DR MUHAYA MUHAMMAD, ILMU DIBERI SANGAT BERGUNA...


Assalamualaikum WBT….
Segala puji bagi allah SWT, tuhan sekalian alam…. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

gambar anbik kat page prof...

Semalam eqa berkesempatan untuk pergi dengar ceramah Prof Dr Muhaya Muhammad, Dah lama tau prof nak datang UMT… Punya la tak nak lepaskan peluang, tanda kat kalendar lagi.. Prof datang UMT sempena Muslim Youth Festival (MY Fest)… Alhamdulillah… banyak yang eqa dapat dari slot ceramah prof…. terima kasih prof sebab datang, sebelum ni cuma dengar prof kat IKIM, You tube atau tengok prof kat fb je kan…. Masa datang Prince Court Medical Centre hari tu pun berharap dapat terserempak dengan prof.. Maklum lah prof jarang terima undangan ceramah dan sangat sibuk dengan kerjaya sebagai seorang doctor mata….   

 

Tajuk ceramah yang prof bawa ialah AKU UNTUK DIRIMU…. Bila tengok tajuk… erm… tak pasti la ceramah berkenaan apa…. Aku untuk siapa???? Dirimu refer to what???? Adakah pasangan?? Mak ayah?? Rakan2?? Atau ALLAH????  Ye kita semua milik Allah swt…  dan lepas mendengar ceramah tu aku rasa segala yang aku sebut “dirimu” semuanya berkait antara satu sama lain…. Ok2…. Nak kongsi sikit apa yang aku dapat melalui ceramah semalam ni…. 

Mula-mula prof mengulas tentang tema MY Fest iaitu Love, Unity dan Peace: 

Love: Kasih sayang
Unity: Penyatuan
Peace: Ketenangan

Dengan adanya kasih sayang sesama muslim maka terhasil lah satu program yang sangat bermanfaat dengan menyatukan muslim didalam majlis ilmu serta semua mendapat ketenangan jika hidup berlandaskan syariat agama… insyallah…

Input yang eqa dapat.. insyallah berguna untuk diri sendiri dan orang lain…

Prof sering tekan kan dalam ceramahnya….

“KITA HANYA AKAN DAPAT BERDASARKAN APA YANG KITA BERI”
 
Kenapa prof kata begitu??? Kalau kita nak orang sayang kat kita, kita mesti sayang orang dulu; kalau kita nak kaya, kaya kan orang dulu; kalau kita nak bahagia, bahagiakan orang dulu; kalau nak sakit hati, sakit kan hati orang dulu…. See??? Apa yang kita beri, tu yang kita akan dapat… kalau kita ni asyik sakit hati, orang dengki kat kita, orang tak sayang kita…. Tanya balik…. Adakah kita buat semua tu pada orang lain…. Huhuuu… fikir2 kan lah….. muhasabah diri kejap….

Untuk wanita-wanita…. Pedas ayat prof ni, harap-harap terasa la ye….

Jadilah wanita yang mahal, jangan jadi wanita murahan… 
Ibarat seperti jam dikedai, selalunya jam yang mahal letak nya dimana??? Dalam almari kaca betul tak??? Kalau yang murah???? Kat luar-luar je kan. Boleh disentuh, dipakai… tapi yang berkualiti mestilah yang dalam almari kaca… betul tak…

Prof juga bagi tahu kriteria nak cari calon suami… Yang beliau guna dulu dan sangat berguna untuk kita...
  1)      Tengok cgpa: kalau bawah 2.5…..cancel…
  2)      Tengok solat ke tidak- tak solat….cancel…
       Kalau solat pun tak mampu nak jaga, macam mana nak ada keluarga…  
  3)      Merokok ke tak- kalau merokok…. Cancel….
       Sebab apa?? Kalau lelaki hisap rokok ada kebarangkalian untuk mati mengejut, tak nak la jadi      janda pula nanti kan… 
  4)      Selalunya sifat lelaki akan ikut ayahnya, jadi tengok ayahnya melayan maknya…. Ok….
       
Haaa….. tu untuk perempuan… lelaki pula kalau nak cari isteri kena tengok apa pula???

  1)      Pakai baju singkat…. Cancel….
        Sangat kagum dengan prof, ada satu slot tu, prof ada panggil sorang perempuan tuk  naik        pentas… bagi aku pakaian dia dah ok la… pakai baju muslimah… prof tegur sangat berhemah…  pakaian dah ok tapi labuhkan sikit lagi sampai bawah lutut… terfikir kat diri sendiri… selama ni aku pakai baju pun memang nak yang labuh tapi tak terfikir pun kena sampai bawah lutut kan… sebab masih Nampak bentuk kaki… belum sempurna rupanya….

  2)      Pakai tudung singkat.. cancel…
         Pakai tudung labuhnya kena bawah dada ye sayang2 ku…

  3)      Pakai seluar ketat… cancel…
Kalau pakai seluar jeans tu jangan lah ketat2… Pakai seluar slack lagi selamat… dah banyak kan seluar longgar kat pasaran tu….

  4)      Pakai bulu mata palsu… cancel…
 mungkin sebab dia tak ada bulu mata.. sebab tu pakai kan… ya Allah, jauhkan lah dari aku…

  5)      Tergedik2… cancel….
Lelaki kalau nak cari isteri nak ke yang gedik2… kalau buat girlfriend boleh la kan… harap2 tak la ye…

Sape terasa… angkat tangan… hahaa…. Sebenarnya aku pun terasa gak… haha…. Bila prof cakap tu, tengok diri sendiri dulu….

Kita nak pasangan yang soleh tapi kita solehah ke?? Orang yang soleh tu pula, nak ke kat kita ni… aish… kena lagi… Ya allah… Teguh kan hati ku untuk berubah kerana mu….

Prof juga minta kita buat senarai, jodoh macam mana yang kita nak… lepas tu kita kena jaddi macam yang kita senaraikan tu dulu la…. Baru la dapat….

Prof  juga ajar untuk berdoa ringan kan jodoh…
Caranya….
Masa solat tu, sujud terakhir berdoa banyak-banyak supaya diringan kan jodoh… jangan pula bercakap sebut nak kawin tu… batal solat nanti… sebut dalam hati je ye…. Prof tanya, berapa ramai yang solat ada berdoa untuk ringan kan jodoh??? Yang angkat tangan sikit je….  Yang tak angkat tangan tu, kamu yakin ke ada orang nak kat kamu??… amik ko… dah kena….  Ayah Prof suruh prof berdoa ringan jodoh dari umur 15 tahun lagi… umur 17 dah jumpa pasangan… kahwin umur 22 tahun masa ambil madik…  dah sama umur dengan eqa ni…. Kira dah boleh kawin la kan…. Kalau doa sekarang umur berapa pula nak kawin ni…..Haha…. Pasangan tak de lagi.. kena terus berdoa…. Semua Allah dah rancang yang terbaik untuk kita….. jadi, kita kena la jadi baik sebelum dapat yang terbaik kan3…..

Kalau ada yang dah bekenan tu , istiharah la ye… pastu boleh jumpa mak ayahnye…. Tak mo couple2 ye…
Prof kata lagi…

Setiap apa yang kita buat mesti ada KENAPA dan BAGAIMANA….

KENAPA????   Mestilah kerana Allah….
BABAIMANA????  Lakukan…  APA YANG KITA BUAT TU IKUT SYARIAT KE TAK…..

Pergaulan kena jaga…

Tujuan hidup adalah untuk mencari pencen kubur…
        1)      Anak yang soleh
        2)      Sedekah jariah
        3)      Ilmu yang bermanfaat

Prof kata lagi, kalau nak anak yang soleh, kena ada suami yang soleh… So, kita ada pilihan… apa yang kita pilih tu penentu kepada masa depan….. 

Jangan berkahwin kerana cinta, sia2…. Kahwin lah kerana agama…. 

Kita kena sayang pada diri… Tak sayang diri, tak sayang orang…. 

Nak bahagia.. kena ada  ALLAH, IMAN DAN TAKWA…..

Sebenarnya banyak lagi yang prof kongsikan kan berkenaan dengan cara belajar, muscle test dan lain2… Next time la eqa cerita lagi… kena siapkan kerja pula…. Ok… insyallah kalau ada masa eqa menaip lagi la eh….



2 comments:

There was an error in this gadget