eqa

snow

Followers

Monday, May 6, 2013

PERCUTIAN DIPULAU KAPAS,kUALA TERENGGANU, SEHARI TAPI BERMAKNA......



Assalamualaikum

Rasa syukur kehadrat ilahi kerana diberi kesempatan untuk terus merasai nikmat yang tak putus2 kau beri serta dapat melihat keindahan ciptaan mu… 

Hari ni aku nk ajar cara2 memasak.... ops..bukan2... sebenarnya aku nak share my experience masa pergi bercuti kat pulau kapas beberapa hari lepas... sebelum cerita ni basi, baik aku cerita awal2 ye dok.... nanti malas dah nak menaip...

sampai pulau je masing2 sibuk bergambar....

Percutian ke pulau kapas ni dirancang oleh Ayu selaku leader at that time... sebelum pergi, leader kami dah siap2 kan tugasan masing2.... siap bagi amanat2 terakhir.... ye ke... ye la, banyak amanat die... bagus2.... huhuuu.... aku kena masak mihun goreng n telur dadar (jd telur kulat pulak @ telur cendawan). yang lain ada yang kena buat nasi, ayam masak merah dan sandwich.... kira semua ada kerja la....

1 May 2013.... yeahhh... hari pekerja.... ramai la yang bercuti kan masa ni.....

Permulaan pagi dimulakan dengan aktiviti memasak…pukul 5 pagi lagi dah bangun hasil kejutan dari jam loceng dirumah rakanku… siap pasang jam loceng lagi tau… takut tak bangun eh…. Hehe… masak makanan ni ambil masa tak sampai sejam pun.. dah 3 orang duk dapur kan.. kejap je la… masing2 dah expert memasak… ye ke….??? Kalau tak pandai pun nak g tau pandai masak juga….. hahaa…. Perkataan itu pun satu doa… lepas siap masak baru la bersiap2 dan kumpul di belakang UMT.....

Sebelum bertolak.. 22 orang, 1 Malaysia+ 2 orang thailand....


Pukul 7.45pg- gerak dari UMT....



Perjalanan ke jeti pulau kapas mengambil masa selama 45 minit dari UMT… Jeti ni terletak di Marang... bukan merang eh… hahaa…. Tiba di jeti, kami diberitahu bot akan bergerak pada pukul 9.30pagi… masa yang ada ni kami duk makan pagi or berjalan ambil gambar sekitar jeti… 

menikmati makan pagi

Pagi tu juga kebetulan ada pasar pagi. So, aku bersama romate merayap sekejap la kat pasar tu… nak beli barang…. Dalam jalan2 tu tiba2 pula kasut yang aku pakai putus…. Huhuu… ni memang nak mintak beli baru ni…. Erm.. apa boleh buat…beli je la… untuk keselesaan diri sendiri kan….

nak mintak kurang tak bagi pula... beli je la....

Pukul 9.30 pagi kami pun naik bot.. perjalanan ke pulau kapas memakan masa selama 20minit… tak la jauh sangat pun kan… 


dalam perjalanan nak g pulau...
sampai je jeti pulau kapas, kami singgah pulau kapas cafe.. situ la tempat makan, solat, mandi manda semua...

Cafe pulau kapas

cafe pulau kapas....


 kemudian, kami bersiap2 tuk pergi snokling pula… p.cik yang bawa bot tu bawa kami snokling kat pulau apa tah… tapi jauh dari pantai la… kalau terjun laut kaki memang tak jejak dasar laut pun…


bersiap sedi untuk terjun....






Kami dibekalkan alat2 snokling, gogle dan yang pasti ada jaket keselamatan…. Wajib ada tu… aku memang tak tau berenang… kah2…. Kami turun sorang demi sorang…. Sampai la giliran aku turun… huhuu…. Sampai bawah duk pegang tangga bot je…. 

aku la tu salah sorang dr mereka... kah3....

Dalam proses nak sesuaikan diri dengan air laut… padahal takut…. Kah2….  Lepas berapa minit, aku masih berenang dikawasan bot tu juga… tak boleh jauh2 lagi…. Masalah nanti kalau tak jumpa tali nak balik…. 

duk pegang pelampung je... bila nak tengok bawah ni....

Orang tak biasa berenang macam ni la….. kejap je aku duk masuk2 kan kepala kat dalam laut tu…. Pas tu terus naik atas…. Naik atas bot… borak2 dengan p.cik yang bawa kami snokling, Tanya die macam mana nak berenang… p.cik tu pun ajar… kena terapungkan badan dulu….. jangan gerak2 lagi… dah yakin dalam laut tu…. Baru la berenang.. gerak2 kan kaki, tangan n badaan sekali… kalau tak memang tak bergerak la…. Ok2…. Saya cuba eh p.cik…
Kali kedua terjun laut… kali ni dah pakat dengan romate ku ika… jangan tinggalkan aku, g sama2 eh….. lepas dah biasakan tengok2 dasar laut… kami pun mula melangkah lebih jauh… yeahhhhh….

dah boleh relex dalam laut.... siap peace lg..

 Tak sangka kami boleh berenang sejauh tu… jauh juga la dari bot… bangga seh… balas balik tak dapat snokeling kat bidong ri tu…  tapi tangan tak boleh lepas dengan romate aku… Masyaallah…. Bila tengok kat dasar laut terus terbayang kebesaran allah yang menciptakan keindahan ni….. kami dapat lihat batu karang berbagai bentuk, ikan, gamat yang banyak, dan macam2 hidupan yang tak pernah pun kenal namanya…  yang paling ingat sampai sekarang kami jumpa ikan yang berwarna warni… satu badan dia ada macam2 warna… boleh korang bayangkan…. Seronok rasa… bila sedar dah jauh rupanya kami melihat dasar laut.. pusing balik lah… masa nak pusing ni la ada kesukarang yang timbul… tak boleh berenang la pulak…. Berenang2 kat situ juga…. Mungkin sebab arus air dah berlawanan… jadi, memang kena kuat sikit… masa ni masih lagi pegang tangan romate aku… tiba masa die dapat berenang jauh, aku pula yang tertinggal kat belakang…. Aish… boleh pula tinggal kan aku…. Sapa aku nak minta tolong ni…… tengok2 ada puva, kawan kelas aku ada kat situ…. Terus aku panggil dia…. Yeahh.. puva datang sebagai penyelamat…. Thanks puva…. Aku pegang dia, dia berenang sama2 tak bergerak…. Hahaa… kelakar… lambatnya la kalau nak sampai bot balik kan…. Jauh tuuu…. Perut dah rasa semacam…. Rasa loya pun ada, lemah dah badan nak lawan arus….

Tiba2 nampak p.cik bawak bot tu datang… cepat2 aku suruh dia tarik aku balik… dah tak tahan duk dalam laut ni…. Tapi p.cik tu bukan bawak aku terus ke bot… die bawak aku kat tepi pandai, yang ada batu2 tu… aku ngan ika pun duduk situ rehat2 dulu… tengok bot pun jauh lagi…. P.cik tu pun pergi menyelamatkan mangsa terkandas kat dalam laut tu lagi… kih2…. Terima kasih la p.cik… walaupun dah tua2… masih kuat lagi nak berenang…. 

nampak tak bulatan merah tu.. kat situ la aku berada.. jauh kan nak berenang ke bot...

Bila tengok bot yang jauh tu, mula la terfikir…. Ni memang dah tak boleh berenang lagi…. Loya dah ni… x de tenaga…. Akhirnya….lepas tunggu kat batu berapa minit… p.cik lagi sorang tu pun tarik la aku kat bot… aku duk releks je la… hehee…. P.cik tu la bersusah payah … sampai kat bot…. duduk kejap, tekak pun dah rasa semacam…. Rasa nak mengeluarkan segala isi2 perut… huhuu…. Ida pun dah sediakan plastik untuk aku… mula la keluarkan segala2nya kat situ…. Lepas tu, terus rasa lega…. Alhamdulillah…. Kami bergerak keliling pulau pula…. Aish… masa ni memang aku tak tengok dah…. Badan dah x sedap kan….

Sampai jeti terus siap sedia tuk makan… makanan tengah hari disediakan oleh geng2 rumah sewa… hehe…  k.naq, najibah siti… dan lauk ayam masak merah disediakan oleh ayu selaku ketua pada hari tu…. Thanks korang….. Abis makan, terus siap2 tuk solat… kat tempat tu tak disediakan tempat solat tertutup… lain la kalau duduk chalet, maybe ada…. Kami solat tempat terbuka…. Ok la tu… dah siap semua, kami ambil gambar kat laut dan pergi berkayak pula…. Kayak untuk 3 orang, RM15 untuk sejam…… kami ambil kayak kat sebelah chalet m.cik gemuk… nama chalet tu tau m.cik gemuk… hehe.. nama nak pelik je kan… senang nak ingat kot…. 


Berkayak jauh juga la… yang pasti kami mengelak dari jauh dengan pantai… kadang2 berombak juga laut tu… Alhamdulillah kami boleh handle kayak tu… huhuuu… happy2….   
tak sampai sejam pun naik kayak, dah penat la.... last2 pulang kan kaak balik walaupun budak yang jaga kayak tu cakap ada masa lagi, siap bagi masa tambahan lagi... kitorang je yang dah penat nak berkayak... tengok je macam senang kan, tapi penat gak... hahaa.... berapa kali kayak masuk air.. huhuu...

 Lepas berkayak, ktorang pun mandi manda bawah jeti... huhuu... panas kot, kat situ je redup sikit....
nak selit kan tips sikit kalau ke pulau....

Tip g pulau:
1) kalau tak nak kulit menjadi gelap, sila la bawak sunblock eh... yang spf tinggi punya... sangat membantu elak kulit dari menjadi gelap.... hehe... aku pinjam orang je.... almaklum la sebelum ni mana ada guna sunblock kan.... 


masing2 pakai sunblock pinjam, sunblock v arm jd mangsa.. kih3......
2) Bawa ubat mabuk laut kalau dah tau diri tu mabuk kan.... boleh dapatkan di klinik, farmasi, 7e pun ada.... 

3) Bawa air mineral dan makanan yang mencukupi... makanan kat pulau ni selalunya mahal2, nak jimat bawa sendiri la eh...

4) Kalau boleh jangan bawa barang2 berharga, nanti hilang susah pula....  bawa yang penting je, ic n duit yang mencukupi.... segala mak nenek kad bank, barang2 kemas tinggalkan... 

5) Simpan handphone ditempat selamat... jangan terjun laut dengan handphone udah le... memang rosak la nanti.... menyesal pun dh tak guna.... hp canggih2 lak tu.....
 

ok2.... 

Lepas dah puas mandi laut, kena la bersihkan diri dulu... tandas disediakan.. tapi jangan expect tandas tu macam tandas rumah kita la.... kebersihan nye... ehem3.... paham2 sendiri la eh....

JOM LAYAN GAMBAR DULU.....


Laut yang sangat cantik

posing kat chalet  dulu...

on the way g snokling

pulau.....

bot yang kami naik

bergambar bersama indian geng....

Chinese geng, u oll memang baik... hehee

akhir sekali bergambar bersama roomate....


pukul 5.30petang kami pun berangkat balik ke jeti.... yeahhhh... abis dah percutian sehari ni........

cos untuk percutian ni.....

pakej snokling + bot: RM60
Van : RM10
Kayak: RM 15 (bahagi 3 orang)= RM5
Makanan: RM5
Makanan sendiri RM5
Total= RM85....

lepas ni nak pergi pulau mana pula ye.... fikir2 kan lah....

OK... BYE.....


1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete

There was an error in this gadget