eqa

snow

Followers

Thursday, September 6, 2012

SAMBAL TEMPOYAK IKAN SELAR

Sebahagian dari hasil yang aq buat.




Assalamualaikum..

Apa khabar pembaca blog, ada ke owg baca... heee... x kisah la.... Mana tau de yang terbkak page ni ke... hahaa... bleh plak... Ok... Hari ni aq nk menambah lagi koleksi resepi kt sini. 

Berapa hari lepas aq wt resepi ni, teringin nk makan sbab sblum 2 wt sedap plak.. TEMPOYAK oh TEMPOYAK, sedapnye kau.. Aq suka gak makan tempoyak2 ni, lg2 masak tempoyak ikan patin. Tuk resepi ni, nk djadikan cerita, aq terasa nk makaan makanan yang bkaitan ngan tempoyak ni, then aq sruh akak aq masak... aq reka2 je resepinye... aq bland sume benda, tumis cm biasa.... pas2 aq sruh akak aq smbung masakkan.... sedap tau... sampaikan esoknya, ada lagi sambal yang lbih pn aq makan lagi.... erm... yummy... ok, ni resepinye......

SAMBAL TEMPOYAK IKAN SELAR 


BAHAN-BAHAN KISAR


Kisar bahan-bahan ni dlu.




Tempoyak..

2 bj bawang besar
2 bj bawang putih
2 inchi kunyit hidup
4 tangkai cili hidup
10 tangkai cili padi
1 btg serai
3 sd besar tempoyak

bahan selepas dikisar

BAHAN-BAHAN LAIN:

Ni la ikan yang aq guna.

1 tangkai kaun kunyit ( x de pn x pe)
8 ekor ikan selar yang telah digoreng bersama garam & kunyit. (apa2 ikan pn boleh)
garam dan gula secukup rasa
1/2 cwn minyak masak

CARA-CARA:

Tumis bahan kisar

1. Panaskan minyak, masukkan bahan-bahan tumis. Tumis sehingga naik minyak, pastikan kt permukaan ada minyak2 ye. Klu x, blum ckup msak lg la..
2. Kemudian, masukkan garam dan gula secukup rasa. 
3. Masukkan ikan goreng td dan daun kunyit. Siat2 dulu daun kunyit 2 tau. 
4. Bila tengok dh garing2 2, kira dh masak la....

Huhuuu... siap pn.... Len kali leh try lagi....



No comments:

Post a Comment