eqa

snow

Followers

Thursday, November 14, 2013

Kenangan dapat keputusan UPSR.

Assalamualaikum

syukur alhamdulillah ada lagi diberi kesempatan masa untuk aku menaip kan..
tadi belek-belek wall facebook, tengok la ramai update pasal keputusan upsr yang keluar hari ni.. tahniah pada adik2 yang dapat keputusan yang cemerlang. yang tak cemerlang tu boleh usaha lagi. ni baru permulaan. insyallah allah dah atur kan yang terbaik untuk semua. 

terkenang pengalaman lama masa ambil upsr dulu, duduk dalam dewan ambil exam. pagi-pagi beratur masuk dewan. huhu..
masa tu tak tahu lagi hala tuju lepas upsr.. ambil je la exam tu kan.. 
bila dah keluar result, tengok2 dapat 4A.. Tak sangka juga la dapat banyak A walaupun tak semua A kan.. tapi alhamdulillah... masa tu tak ada kelas tambahan kat luar, semua belajar kat sekolah je. dengan bantuan cikgu2 yang sangat baik hati, yang sanggup meluangkan masa mengajar pada hari cuti. sampai sekarang ingat lagi cikgu matematik dan cikgu sains yang mengajar aku masa sekolah rendah.. lepas dapat keputusan dan masuk sekolah menengah, bermula lah semangat untuk jadi yang lebih baik.
di skolah menengah, aku hanya sekolah di sekolah harian biasa. tapi agak mencabar juga la.

Masuk sekolah menengah, disebabkan ramai pesaing masa tu aku pun mula berusaha tuk belajar. so, dah nampak la hala tuju aku ni sikit.. makin berlumba2 nak dapat markah tinggi kan. 
dan sekali lagi alhamdulillah ketentuan allah. aku dapat 7A dalam PMR. Masa dapat keputusan ni, Ya allah. betapa gembiranya hati seorang ibu sampai menitiskan air mata. mungkin dengan mendapat keputusan yang cemerlang dapat menggembirakan hati seorang ibu..




No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget