Assalamualaikum...
Bila ada orang sakit sibuk nak buatkan bubur… Masalahnye aku pun tak tau macam mana nak
masak bubur, bubur apa nak masak??? So, apa lagi hentam saja lah…. Janji Nampak
macam bubur… sebenar nye adik aku yang kecil tu demam sampai muntah2… perut
masuk angin kot, tak makan dari siang… muntah pun keluar angin je, segala angin
la yang keluar.. aku ni kena la jadi tukang urut perut dia… urut dengan minyak
angin tu je… ketuk-ketuk perut die dah boleh men gendang da….
Resepi bubur untuk
buang angin di perut
BAHAN-BAHAN:
½ cawan beras
6 cawan air (nak lagi
berair letak 10 cwn)
½ biji bawang besar
2 inch halia
1 sudu kecil lada
hitam
½ genggam ikan bilis
1 sudu besar mentega
@ minyak
Garam secukup rasa
CARA-CARA:
1. Tumbuk ikan bilis, bawang besar dan lada
hitam hingga lumat. Hiris halia. Halia kalau nak tumbuk sekali pun boleh.
2. Tumis bahan yang ditumbuk tadi sampai naik
bau.
3. Masukkan beras dan air. Kecil kan api dan
masukkan garam secukup rasa..
4. Biarkan selama 30 minit atau sehingga
masak. Kalau nak cair lagi masukkan air lagi. Dah siap….
Senangnye bubur aku
buat…. Adik aku tak de selera pun nak makan. Last2 aq ngan adik aku yang lain
yang melantak…
tyme tuk makan malam... makan bubur halia n lada hitam bersama asam pedas.... air sirap coctail plak... yummy.... |
Aku pilih halia dan
lada hitam sebab bahan tu boleh hilangkan angin dibadan.
Macam orang2 lepas
bersalin makan nak hilangkan angin. Banyak lagi khasiatnye antaranya Halia juga boleh mengubati penyakit sendi, cirit-birit,
kekurangan tenaga, pening kepala dan demam panas. Selain itu,
halia membantu menghadam makanan, mengawal
hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau busuk mulut. Banyakkan….. lepas
ni kita guna halia sebagai alternatif untuk ubat-ubat moden… boleh kan…
Salam Atiqah,
ReplyDeleteMemang halia dan lada hitam boleh buang angin. Kalau letak bawang putih lebih sikit dalam bubur pun ok juga.
salam... owh... ye ke... x ltak pn bwg ptih... mybe next tyme blh try lg isi bwg ptih... tq..
DeleteSaya pun nk cuba lah
ReplyDelete