eqa

snow

Followers

Tuesday, July 2, 2013

Lawatan ke kilang Teh BOH, Sungei Palas Tea Center Cameron Highland



Assalamualaikum....     

Bercuti bersama....

Hari ni entry panjang sikit, nak bercerita pasal lawatan ilmiah kat Cameron Highland... dah 2 bulan lebih pergi sana... baru nak update kan... Disebabkan ni lawatan ilmiah, jadi aku copy paste dari report aku je dan mungkin ada tambah sikit2 or ubah sikit2.... tak banyak la... hehee... ayat tu memang agak skema nak pengsan la eh.... kalau ada yang sudi nak baca sila kan la... kalau ada yang sudi nak kritik aku punya report lawatan ni pun dialu alukan.. biasa la, ayat tunggang terbalik ke..... hehee.... tapi banyak-banyak tempat, tempat ni yang aku paling suka...          

jom mula kan pengembaraan kita.... yeahhhhh....
tempat pertama yang kami pergi, kilang BOH...

Sebelum kami sampai ke kilang teh, kami menaiki bas yang disediakan memandangkan kilang teh tersebut mempunyai jalan yang sempit untuk dilalui. 
Ni la bas yang kami naik untuk ke kilang BOH tu.... bas sekolah je... jalan yang sempit dan agak berliku2 tu tak sesuai la nak naik bas UMT tu....

lama dah tak naik bas ni....



suasana sepanjang jalan... nampak orang tengah petik daun teh.. manual ye.... pekerjanya dikalangan warga asing....
Apabila sampai dikilang teh tersebut, kami disambut oleh pegawai yang bertugas iaitu Encik Izwan. Beliau memberikan penerangan mengenai kilang dan cara pemprosesan daun teh. BOH singkatan daripada Boss of Highland. eqa pun baru tau ni.. walaupun dah lama tau pasal boh ni... Kilang ini telah dibina pada tahun 1929 dan  merupakan kilang tertua sebelum perang dunia ke dua. BOH mempunyai 4 ladang iaitu 3 di Cameron Highland dan 1 di banting , Selangor. 

            Terdapat 5 proses penghasilan  teh iaitu pelayuran, menggelek daun, fermentasi, pengeringan dan pengasingan. kami diberi kebenaran untuk melihat cara proses teh ni.. nampak la dari luar pekerja dia tengah buat apa.. Proses pelayuran dilakukan ditingkat atas kilang dan selalunya pada waktu malam selama 16-25 jam. Pelayuran dijalankan dengan menggunakan kipas besar. Proses kedua ialah menggelek daun. Mesin-mesin gelek di kilang tersebut telah digunakan sejak tahun 1935. Mesin-mesin ini menggiling dan menghancurkan daun-daun layu serta mengubah dan memecahkan sel dalaman daun. 

atas: mesin kutip daun teh , bawah: mesin gelek lama...

 
tempat proses teh dipisahkan dengan sekeping kaca....
        Proses ketiga yang dilakukan ialah fermentasi. Fermentasi atau proses pengoksidaan adalah proses semula jadi kimia di mana enzim di dalam daun didedahkan kepada oksigen. Secara tradisoanal, cebisan-cebisan daun diselerakkan diatas dulang. Sebelum fermentasi daun berwarna hijau tetapi bertukar menjadii warna tembaga selepas proses ini. Proses ini merupakan peringkat kritikat dalam pengilangan di mana 1 ½ -2 jam diperlukan untuk menghasilkan rasa dan aroma tersendiri. Tambahan lagi, proses ini dikawal rapi untuk penghasilan yang opimum.  

ni proses fermentation

          Proses kempat ialah pengeringan. Daun-daun yang telah di fermentasi dimasukkan ke dalam mesin yang berudara panas sehingga suhu hampir 100oC. Proses ini menghentikan tindakan feermentasi, mengurangkan kandungan kelembapan sehingga kurang daripada 3% dan membekukan jus daun justeru menghasilkan rupa bentuk daun teh yang hitam. Proses pengeringan ini mengambil masa kira-kira dua puluh minit. Udara panas diperolehi daripada pembakaran kayu getah. Menurut en. Izwan, daun kering tersebut akan melalui tujuh lapisan dalam machine tersebut bermula dari suhu yang rendah (20-30 oC) kepada suhu yang tinggi (100-200 oC). Pada peringkat ini, daun teh masih mempunyai batang dan urat daun. Selepas proses pengeringan, akhirnya melalui proses pengasingan. Proses pengasingan menggunakan alat aerostatic machine untuk mengeluarkan batang dan urat daun. Teh akan digredkan mengikut saiznya melalui satu siri penapisan bergetar. Kemudian, tangkai dan serat akan dikeluarkan.  Melalui proses ini, setiap gred teh akan ditentukan dan mempunyai densiti dan rasanya yang tersendiri. Saiz daun yang lebih besar lagi bagus untuk diiminum. Kelembapan akhir selepas teh di proses ialah 3 %. Teh yang telah diproses akan dihantar ke banting untuk proses teh selanjutnya.

           Di kilang tersebut, satu hari akan menghasilkan 3-5 tan daun teh. Menurut En Irwan, batang dan urat-urat daun teh akan digunakan untuk membuat baja di ladang mereka. Tambahan lagi, pembersihan mesin akan dilakukan selepas proses penghasilan teh dilakukan. Mereka menggunakan khidmat Quality control daripada India. Terdapat beberapa jenis teh BOH dipasaran mengikut grad yang tertentu. Grad yang terbaik adalah dari jenis Aromatic garden tea. Teh ini dipetik menggunakan tangan dan hanya pucuk-pucuk terpilih yang dipetik selama 3 hari. Teh ini hanya dipasarkan di Cameron highland dan di eksport ke luar Negara. Antara teh yang dieksport adalah palas supreme, palas afternoon tea bukit cheeding tea. 

antara teh yang di eksport ke luar negara...
kalau pergi cameron kena beli yang ni tau... best.. daun dia kasar2 je...
          Jenis kedua ialah Camronial gold, normal black tea, dust dan tea uncang. Terdapat juga teh uncang yang berperisa yang mengandungi 20% tea dan 80% buah-buahan original. Warna teh yang original adalah berwarna coklat. Selain itu, terdapat 3 jenis teh dipasaran iaitu black, white dan green teh. Di Malaysia, terdapat 3 jenis teh yang terbaik iaitu the BOH, Sabah teh dan barat teh.

                Selepas kami diberi penerangan mengenai proses penghasilan teh, kami dibawa ke galeri untuk melihat peralatan yang digunakan sebelum peralatan moden diperkenalkan dan sejarah serta latar belakang syarikat BOH ini. Terdapat kedai yang dibuka untuk menjual pelbagai jenis teh dan café yang menyediakan minuman berasaskan teh dan makanan lain. Pelawat juga boleh menikmati pemandangan diladang teh.  

haha... sangat ilmiah kan... banyak ilmu yang kita boleh dapat kalau datang sini... ok.. jom layan gambar.....

pic kenangan...

banyak kan teh...
di cafe, antara makanan yang dijual..

yeahhh... masa tuk high tea.....
 
minum teh tanpa gula n susu, baru rasa nikmatnya



3 comments:

  1. Nak tanya pasal bas . Bas sekolah yg nak ke ladang teh tuu kene booking dulu ke ? Ke mmg pihak ladang dah sediakan ?

    ReplyDelete
  2. Very informative. Terima kasih kerana menilis

    ReplyDelete
  3. berapa banyak yuran yang perlu dibayar

    ReplyDelete