eqa

snow

Followers

Monday, December 31, 2012

IMPIAN & AZAM BIASA AKAN MENJADI LUAR BIASA


Assalamuaikum…


Alhamdulillah, Syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat kita menempuh segala liku, dugaan, cabaran, suka, duka di tahun 2012. Segala yang berlaku mematangkan fikiran supaya kita Berjaya menjadi lebih kuat, tabah, sabar dan yang penting Berjaya mendidik minda kearah kebaikan…  

Huhuuuhuray…tengah menghitung waktu untuk masuk ke tahun baru.. yahh... 2013 coming!!!!

dah nak masuk tahun baru ni… pe impian tahu lepas yang masih belum dilaksanakan..?? owh… selalu itu la yang orang akan Tanya kan.. ok… aku x nak ulas impian yang lepas ok.. nak cerita impian tahun baru ni..  semua orang ada azam masing2 kan... termasuk lah aku ni... apa impian yang biasa yang akan menjadi luar biasa kalau kita perolehinya..??? cuba bagi tau sikit... Sebelum ni, impian aku kebanyakannya bersifat material, nak motosikal, handphone baru, nak baju baru, nak beli macam2... tapi bila umur dah mcm aku ni... rasa kena ubah sikit la... tapi alhamdulillah, ada juga yang dah tercapai... semua dengan izin Allah...

Dah bersedia nak baca?? ok... azam aku ni mungkin biasa je macam orang lain tp bagi aku, azam yang akan aku tulis ni mungkin akan memberi aku kekuatan dan berjaya dunia dan akhirat... insyallah.. aku doakan korg pun sama juga..

sejam je lagi.... selamat tahun baru...


IMPIAN DAN AZAM ATIQAH NADIRAH.... 
Sambil tangan angkat kebahu... hee.. saya berikrar.....


# Betulkan niat dulu, setiap perkara yang ingin kita lakukan perlulah datang dengan niat.
1. Menjaga hubungan dengan Allah SWT.
  • Aku akan berusaha sedaya upaya untuk menjaga solat 5 waktu, solat diawal waktu. amalan yang akan ditanya selepas mati nanti adalah solat.... INGAT TU.
  • Mengganti segala puasa ramadhan yang tahun lepas secepat yang mungkit.. kalau kita tak ganti sama seperti kita berhutang dengan allah..
  • Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Setiap yang berlaku, ada hikmahnya, x nak mengeluh dengan segala kekurangan kerana Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita.
  • Menutup aurat dengan sempurna hanya kerana Allah. Walaupun aku tidak la bertudung labuh. berjubah tapi aku akan memastikan imej islam itu ada dalam diri ni. Ya Allah, kuat kan semangat ku untuk taat kepadamu... Pakaian kita melambangkan agama dan siapa diri kita sebenarnya. "setiap kali kita berpakaian,kita mempunyai 2 pilihan iaitu mahu memilih syurga atau neraka...

2. Menjaga hubungan baik dengan keluarga.
  • Keluarga merupakan segala-galanya bagi aku, siapa aku kalau tiada mereka terutamanya emak aku (syurga dibawah tapak kaki ibu). abah dah x da. telah pergi selamanya. Al FATEHAH untuknya.. segala pengorbanan yang abah lakukan akan aku ingat sampai bila2 dan aku x kan tuntut apa2 diakhirat nanti..(ya ALLAH.. menitis air mata bila mengenangkan abah.. harap berjumpa di syurga)...
  • Aku akan pastikan yang aku akan berbuat baik dengan emak dan adik beradik serta kaum keluarga. 

3. Menyayangi diri sendiri.
  •  Aku akan sentiasa memperbaiki diri kearah kebaikan. bagaimana ya cara membetulkan diri?? "caranya adalah dengan perbetulkan cara kita berfikir"
  • Aku akan meningkatkan jati diri, lebih semangat dan kuat menempuh hari yang mendatang.
  • Aku akan buang sifat malas dalam diri sedikit demi sedikit.. eh.. sepatutnya aku kata, aku akan lebih rajin dalam pelajaran, kehidupan dan beribadat.... nak tulis pun kena positif juga..." orang yang menanam benih yang baik pada masa mudanya,insyallah dapat menemui kehidupan yang baik pada masa tua dan juga diakhirat nanti". 
  • Semangat untuk buat Final Year Project nanti... apa tajuk nak buat nanti ni?? kjap nye dah nak buat proposal dah ni..
  • ok, yang ni lain sikit.... azam yang x pernah menjadi.. harapnya akan jadi la tahun ni.. harapan nak turunkan berat badan dan buang segala lemak2 berlebihan... hahaa... "Saya nak berat badan ideal 50.1kg" boleh ke.... sekarang dah 60+++kg.. OK... aku nak bagi tau macammana nak kira ideal body weight ni.... sediakan culculator... klu boleh yang scientifik ye.... 
            Guna Devine formula (formula ni untuk yang berketinggian 5 kaki(feet) ye... 150cm.. kalau    kurang x boleh guna yang ni... ok... aku bagi formula dulu...
  
Cara kira Ideal body Weight (kg): 


MEN       : 50+2.3 kg per inch over 5 feet.
WOMEN: 45.5+ 2.3 kg per inch over 5 feet 

1 feet= 12 inchi
1 inchi= 2.54cm

contoh: aku kira aku punya tinggi ye... 160cm

 1. 160cm / 2.54cm= 62.99inch
 2. 62.99inch /12inch= 5.2 feet
 3. 5.2 feet maksudnya.. 5 feet 2 inch. So, korg ambil yang 2 inch untuk masuk dalam formula ye...   ok.. tengok formula sekarang....  
 4. 45.5+ (2.3 x masukkan nilai inch korg ye). macam ni.... 45.5+ (2.3x2)= 50.1... ok... ni la berat ideal aku..... korg macam mana....??... ok.. teruskan..

  • Menitik beratkan makanan yang sihat.. sebelum ni ada juga ikut tapi kadang2 memang nafsu mengusai segalanya... wah.... ayat... ok.. makan jika perlu sahaja.. tp jgn skip breakfast, lunch n dinner... ok... akan ku praktik kan.... disiplin itu penting ya atiqah...
  • Aku akan boikot barangan keluaran israil yang termampu... contohnya McD.. Last aku makan pada tarikh 11/11/12. makan breakfast meal tyme balik melaka.. rasa terkesan bila berlaku perang kt palastin baru2 ni... aku harap aku mampu, beli kentang goreng n masak sendiri je lepas ni... jom bantu rakyat palastin....
  • tahun ni aku nak daftar jadi pemilih... aku dah cukup umur ye... dah nak masuk 22 tahun ni..  nak daftar kat mana ye, tahun depan dah nak mengundi... insyallah... 
  • aku akan  Stop thinking of bad. x mau dah berburuk sangka dan selalu berfikiran -ve.. sekali skala x pe.. hee.... aku berdoa agar Allah membantu aku menjadi orang yang berfikiran +ve dan sentiasa bersama orang yang berfikiran +ve juga. 
  • Aku nak kumpul duit dengan bekerja sambilan... huhuu... ni pn ada ke... mesti la kan.. duit sangat penting ye... padahal dah pokai skarang ni.. kih2.... bukan mata duitan tapi memang duit penting nak wt macam mana kan.. terima kenyataan la... "Duit bukan segala-galanya tapi segala-galanya perlukan duit.." skarang nak masuk tandas pn kena bayar 30 sen, dulu 20 sen betul tak.. duit jgak tu... "duit tak membeli kebahagiaan, tapi duit memberi keselesaan". betul tu... kalau x de duit, makan pun x boleh... makan 1 hari sekali je la... macam aku ni, nak bejimat punya pasal, kena la beli 1 kali je kat luar.. kadang2 la...
  • Aku juga ingin ingatkan diri ini untuk" jadikan sedekah itu satu tabiat". Rezeki datang dari Allah... so, x mo berkira2 sangat la klu nak memberi tu ye atiqah...
  • apa lagi ye??????? ok... fikir kemudian...( macam la orang kisah kan)   
 4.  Sahabat
  • Bersangka baik dengan rakan-rakan. " apabila kita sibuk perbetulkan diri sendiri, kita x akan nampak kesalahan orang lain". (biar aku je yang mengetahuinya).. hee...
  • Aku akan cuba sedaya upaya untuk menghargai dan menyayangi orang yang ada disekeliling aku... insyallah.. ingatkan kalau lupa...  
*Semua yang aku kongsikan adalah peringatan buat diri sendiri and x de kena mengena dengan sesiapa. Perkara yang baik boleh la dikongsikan bersama dan sesiapa yang ingin membuat teguran, dipersilakan.. ok....  ayat yang berwarna pink tu aku ambil dari buku Dr Muhaya Mohamad, Dastyatnya cabaran pelajar ... suka baca buku dr muhaya ni n ceramah dia pn best2 tau....

terima kasih kerana sudi membaca....

SELAMAT TAHUN BARU 2013.....


DOA DIPERMUDAHKAN URUSAN

ASSALAMUALAIKUM....

Jika kita ada masalah bacalah doa ni.... doa adalah senjata orang islam...

*Heliza helmi de ajar cara hafal doa ni... x ingat la link die... tgk kt you tube bicara celebriti di kelantan...

Thursday, December 27, 2012

KENAPA TEST KOMERSIAL BUAT AKU STREES??


tengah menunggu kat luar pintu, x leh msuk..

ASSALAMUALAIKUM…

          Hari ni aku cuma nak luahkan perasaan aku je. Baru je tadi aku ambil test amali kelas komersial. Test ni merangkumi apa yang pernah aku n kawan2 belajar contohnya folding napkin, boxing table, coffee break, set up site station, polish goblet n ada beberapa lagi la. Sebelum memulakan test ni, kami akan cabut undi dulu dan diberi masa 20 minit untuk prepare kt luar sebelum masuk test yang sebenar.  Masalahhnya…….  Aku Sangat-sangat la terkilan sebab x dapat perform dengan jayanya.

tampal kat pintu..

             Alkisahnya,  semasa cabut undi aku dapat soalan C… Soalan ni menyuruh aku buat 4 task… 

   1. Lipatan napkin. Aku kena buat butterfly dan bishop hat.

aku kena buat yang tengah2(belakang) tu dan sebelah kanan sekali...
   2. Aku dikehendaki mengangkat round tray. Tray yang besar   slalu dekat hotel guna untuk service makanan.       
                
  3. Aku dikehendaki membuat boxing buffet table. Boxing ni sebagai alternative untuk kita buat jika x ada skirting dekat table. So, Nampak cantik sikit la. Yang tutup2 meja tu. Tau kan.
  4. Service Ala carte untuk 2 orang, chicken rice and coffee.

        Huhuuu… ni la task yang aku kena buat dalam masa 20 minit… mulanya aku memang dah prepare, nk buat apa sume. Tapi bila masuk je mengadap lecturer aku jadi blur dan lupa banyak benda… YA ALLAH apa nak jadi dengan aku ni…

      Task pertama aku boleh buat. Ok la.. task kedua dan ketiga ada sikit kecacatan yang aku buat.. contohnya  bila angkat round tray ada step yang aku x buat…. Ok… senang citer potong markah dahhhh….. adeh…. Yang sangat2 buat aku stress bila task no 4 ni la… 

          Sesiapa yang tak pernah buat service orang makan ni, nak bg tahu sikit… service ni ada 2 categori untuk set up makanan. Pertama ala carte… tau x pe benda Ala carte ni?? Ala yang macam korang duk beli kt kedai… 1 nasi goreng, 1 puding caramel…. Kiranya order secara berasingan la… tak lengkap dengan appertizer.. lg satu… table d’hote table set up… jenis ni yang macam kita order kt pizza slalu tu… ada set2 makanan… kita boleh pilih je… contohnya  set pizza ni ada 2 cawan air minuman, 2 mushroom soup, 1 medium pizza n roti… dalam set ni mesti ada appertizer, main dish, dessert , drink. Kadang2 ada jugak yang x ikut standard yang dtetapkan… so, buat x tau je la… hahaa….
ni set up untuk Ala Carte

ni pula Table d'hote

Kembali balik…..

        Aku dapat ala carte menu, so kena la set up table dulu berdasarkan menu yang aku dapat tu…. Bila nak start service je.. aku jadi x tentu hala… rasa nak habiskan cepat je test ni.. kiranya hati ni x tenang la… hasilnya banyak yang aku tertinggal, salah step… nanti ada masa aku buat entry pasal step2 service ye… agak leceh sikit la… tapi bila dah tau senang… boleh tengok waiter service kita macam mana kan time makan kt hotel ke… ehhh… tap bukan untuk cari salah orang tau…. Just nak belajar je…. Nobody perfect ok…. Lain la klu dah expert….. memang senang la… boleh dapat full mark ni…. Anyway aku sangat2 la tak puas hati dengan test tadi… bukan sebab apa, sebab diri sendiri jugak…  tak teliti masa buat test.. ni la jadinya…. 

Tensionnyaa….. 
posing lagi.. 2 org ni cos mate aku la.


ok... kepala sudah pening.... nanti2 la continue... hee.... kena tido dulu ni.. huhuuu...
* Lepas ni prepare tuk final pula...

Friday, December 14, 2012

KOPI TAHI GAJAH, KOPI TERMAHAL DIDUNIA


Pekerja sedang mengutip tahi gajah


Assalamualaikum...

Pernahkah kita terfikir yang kopi boleh jadi sedap dengan bantuan haiwan-haiwan tertentu.. Pada mulanya aku terkejut juga lah pensyarah aku cerita yang kopi termahal didunia ialah kopi tahi musang... kopi ni popular di indonesia... eh... gelinya.. sanggup ke nak minum tu...

Ni la musang yang hasil kan kopi tahi musang 

 
Semalam aku ada terbaca berkenaan yang kopi termahal didunia ialah kopi tahi gajah... aik... dah berubah pulak... musang ke gajah ni... ok2... tak kira lah gajah ke musang ke proses nya tetap sama ye... kopi tahi gajah ni di buat di nagara Thailand.. Thailand kan memang popular dengan gajahnya.. tak mustahil mereka boleh buat kan...


Kopi tahi gajah hanya terdapat di resort ni
 
Kopi ni di beri nama kopi Black Ivory.. Perh sedap nama tu, kalau orang tak tau boleh terminum.. lazat sungguh... Mengikut sumber yang diperolehi, Sebuah hotel telah memperkenalkan kopi Black Ivory. Buat masa sekarang kopi tahi gajah ini hanya boleh didapati di Anantara Resort di Maldives dan Golden Triangle Resort di Chiang Rai Thailand. Berbeza dengan kopi tahi musang, Black Ivory dihasilkan daripada tahi gajah. Black Ivory bukan kopi biasa, sebaliknya ia dijual pada harga yang mahal iaitu kira-kira $1,100 dolar bagi setiap kilogram. Ia bersamaan dengan harga $50 dolar bagi dua cawan kopi berkenaan.
 
 
gajah ni diberi makan buah dan kopi

Wakil bercakap pihak Hotel Anantara menjelaskan bahawa biji kopi dari jenis Thai Arabica yang dipetik dari ketinggian 1500 meter akan diberi makan kepada gajah.


gajah diberi makan kopi



proses mengutip tahi gajah


Hasil dari perkumuhan gajah itu akan dikutip dan dijemur dibawah cahaya matahari. Dikatakan bahawa hasil kajian telah mendapati enzim yang dihasilkan oleh tahigajah itu mengandungi protein yang tinggi.

tu la kopinya.... adeh... jijik rasanya...

“Memandangkan protes memainkan peranan utama dalam menentukan rasa pahit kopi, maka kurang protein bermakna kopi yang dihasilkan akan kurang pahitnya, ’’ demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan hotel berkenaan. Proses menghasilkan kopi itu dilakukan di pusat penjagaan gajah milik hotel berkenaan di utara Thailand. Sebanyak 30 ekor gajah menetap bersama dengan penjaganya.
 
kaya la diorang ni ye... jual kopi dah mahal2.... persoalannya... sanggup ke korang minum air kopi tahi gajah ni.... tapi untuk orang islam benda2 yang bersangkutan dengan najis tak boleh makan ye... ingat 2.... jangan gatai2 nak try plak ye.. hee......
 
 
ok... dadaaa......

Thursday, December 13, 2012

SATU PERTEMUAN SINGKAT

Assalamualaikum….
Alhamdulillah... dapat juga aku mencoretkan sesuatu di blog aku yang mungkin tiada pembacanye... heee... x pe la... maybe satu hari nanti ada la pembacanya.. input masih sikit lagi ni... 
 
lega sikit hari ni... sebabnya 2 test dah habis malam ni.. satu test pagi dan satu test malamnya pulak.. ditambah pulak kena hantar lab report hari ni... huhhhh.... memang pening pale la mana nak baca tuk test lagi,  siapkan report lagi. tapi akhirnya, semua selesai.. esok kena teruskan perjuangan menyiapkan result report sensory dan report komersial lawatan industri. jangan ingat belajar sains makanan boleh dukdiam je eh.. makan2 je... no3x.. wrong mindset... teruskan... aku nak cite benda lain ni...
Alkisahnya, tadi masa aku pergi print report di fakulti ada la seorang hamba allah ni tegur aku. erm... friendly betul dia ni.. bukannya apa.. jarang ada orang attitude nya macam tu, walaupun die tak kenal aku, die tegur je aku... aku dengan hati terbuka melayannya. sapa yang tak suka ditegur.. ada ke... boleh meramaikan kawan kan.. tapi dia ni cara percakapan dengan sopan santun, nampak muka nya yang baik hati 2 dan iklas.
 
Ni dia perbualan kami... ringkas tapi memberi kesan pada aku..
 
 
Dia: Print pita ke??
Aku: x la, print report.
Dia: Tahun berapa?
Aku: Dh tahun  3..
Dia: erm… sama la… cos apa..??
Aq: food serve.. lg stahun.. cos apa…??
Die: math com..
Aq: owh.. dh abis presentation pita..
Die: belum lagi, beberapa hari lg, print je dulu lepas betulkan
Aq: erm.. senior sy dh present pita
Haha… 2 la perbualan kami bual kan td…. Erm… time aku nk blik die kata
Dia: bye.. nama siapa ye??
Aku: atiqah…. Awak nma apa?
Die: Ana.. assalamualaikum..
Aku: W'Salam.
Erm.. dari situ kita tau yang owg 2 sgt friendly n baik hati….. sjuk hati ni bila dpat bkawan dengan dia… ok… aku berharap next time leh jumpa dengan die lagi… insyallah…. dalam hati ni terbayang kalau la aku ada kawan baik seperti dia... mengharapkan yang terbaik dari-Nya
Then, masa balik ke asrama… aku nk mlintas ke pak guard… nampak sebiji moto ni… entah mamat mane yang bawak… baik sgguh… die lalu dpan p.guard… siap beri salam… tegor 2 owg… erm.. dlm hati… macam ni la llaki idaman….boleh wt laki ni.. hee…. Hati sdah ttambat…. Ok.. bkan dgn orgnye… tp dgn akhlak nye… doakan la allah beri jodoh dikalangan owg2 yg mulia dsisinya… amin… :)