Assalamualaikum...
Mentega atau butter pun ada jenis2 juga ye... aku ingat sama... tu yang bezanya yang berkualiti dan tak berkualiti kan...????
aku dapat artikal ni dari utusan malaysia... info ni sangat berguna tau.. tak da la kita tertipu bila nak beli butter ni nanti kan... sebab ada harga yang murah dan mahal..... pandai2 la menilai...
Jom baca......
Secara amnya, mentega adalah produk lemak yang diperbuat daripada
susu asli. Kebanyakannya diperbuat daripada susu lembu untuk tujuan
komersial.
Ia akan melalui proses bagi memisahkan cecair dan lemak susu. Lemak
susu itu yang dijadikan pepejal akan dibungkus dan dijual di pasaran dan
dikenali sebagai mentega.
Terdapat dua jenis mentega iaitu mentega asli dan mentega susu lepa.
Antara jenama mentega asli yang popular yang boleh anda beli adalah
seperti Golden Churn, Tatura, SCS dan lain-lain serta mentega lepa susu
pula adalah Buttercup, Butterlite dan lain-lain.
Tahun lepas kecoh pasal butter Golden Churn ni tak halal.. abis la jualan kek lapis kat sarawak tu... patut la kek lapis sedap kan... sebab guna pure creamery butter, butter yang berkualiti.. harga nya pun mahal... kalau dah mahal tu dah tentulah bukan pilihan aku yang tak berapa berduet ni kan... buttercup pun ok jug kan. Tapi sekarang jakim dah keluarkan dan mengatakan jenama ni dah halal.. jom baca akhbar 3 may 2012 ... walau pun dah halal, kalau was2 baik tak payah guna... banyak lagi kan butter kat pasaran... terpulang lah...
Golden Churn |
tatura butter |
SCS butter |
Mengapakah lemak asli lebih mahal daripada mentega susu lepa?
Ini
kerana mentega asli mengandungi lebih 80 peratus lemak susu dalam
kandungan beratnya berbanding mentega susu lepa yang mengandungi kurang
lemak susunya.
Maka jika anda menggunakan lemak asli untuk membuat kek dan produk
pastri, hasilnya ternyata lebih gebu, enak dan aromanya lebih harum dan
sudah tentu lebih menyelerakan.
Kandungan lemak yang lebih dalam mentega asli juga membuatkan harga
mentega asli lebih mahal dijual berbanding mentega susu lepa. Walaupun
harganya sedikit mahal namun yang penting adalah hasilnya.
Apa salahnya berbelanja lebih sedikit untuk dapatkan kek yang lebih enak untuk keluarga di rumah.
Tetapi, bagi mereka yang ingin berjimat- cermat dalam berbelanja anda boleh menggunakan mentega susu lepa sahaja.
Rasanya tidak jauh berbeza. Selain digunakan untuk membuat kek,
mentega juga boleh disapukan di atas roti dan biskut serta membuat roti
dan pastri lain.
Selain itu mentega susu lepa juga dicampurkan dengan bahan lain seperti minyak kelapa sawit, susu tepung dan garam.
Anda pasti pernah melihat pada bungkusan mentega tulen ada perkataan yang ditulis bergaram (salted) dan tidak bergaram (unsalted butter).
Jangan keliru, kerana kedua-duanya boleh sahaja anda gunakan untuk
membuat kek ataupun biskut.
Jika mentega itu telah ada garam, maka kita
tidak perlulah masukkan garam lagi dalam adunan kek kita.
Mentega mudah mencair jika dalam suhu yang panas jadi anda perlu menyimpan dalam peti sejuk atau dalam keadaan yang dingin.
butter asli = dibuat drpd 100% susu
ReplyDelete"butter" mcm buttercup or lepa susu = sedikit lemak susu + lemak kelapa sawit (majerin)
bergaram & x bergaram?
garam ialah bahan yg boleh menjejaskan kenaikan kek bila dimasak
Percayalah, Mau dekat dan di sukai cewek itu pintar cari duit, bukan pintar Memilih Mentega.. bagus gabung di salah satu website terpercaya bernama Samudrabet , Situs ini sudah terbukti banyak membuat orang menjadi kaya dan sukses , ada banyak permainan yang bisa anda mainkan di dalamnya, seperti Judi Slot Online dan Judi Live Casino , sangat mudah dimainkan dan gampang dalam meraih kesuksesan, jadilah Milyarder baru dengan bergabung di situs Samudrabet
ReplyDelete