eqa

snow

Followers

Wednesday, April 24, 2013

ABAH!!! Jauh dimata dekat dihati...... Semoga Roh mu dicucuri rahmat...


Assalamualaikum.... 

Apa Khabar semua... eqa demam n selsema la hari ni... kepala pun dah pening2... harap diberi kekuatan dalam diri ni....



Selepas buat kewajipan sebagai hamba allah tadi... tibe2 eqa teringat sesuatu....
Ya Allah... ESOK genab 2 tahun pemergian insan yang bergelar abah dalam kamus hidup ku....
terus perasaan sedih menyelubungi diri.... 
Masyaallah... cepat nya masa berlalu....

Sempena 2 tahun pemergian abah... eqa terfikir untuk publishkan nukilan yang dah lama eqa buat, 2 tahun yang lepas... nasib baik ada lagi tau.... masa eqa menaip tu, masih berada dalam kesedihan.... dan sambil menitiskan air maka menap ni....sekarang baru mampu untuk publishkan dalam blog ku sendiri...  bila baca balik... perasaan tu masih sama seperti dulu....

harap2 sesiapa yang baca ni akan lebih menghargai ayah, abah, papa dan yang seangkatan dengannya... sayangi mereka... selagi nyawa masih dkandung badan... insyallah.... 

Nukilan buat abah......


Abah..

              Ungkapan yang sering ku sebut untuk memanggilmu. Ini abah, itu  abah. Setiap perkara yang diinginkan aku akan perlukan abah. Dari kecil hingga besar abahlah yang sering ada di sisiku. Memberi setiap benda yang aq perlukan, inginkan. Sanggup menghabiskan wang dan berkorban tenaga untuk anak-anak sepertiku. Mengejutku ke sekolah dan kadang-kadang tidak diendahkan kejutannya. Sudah menjadi kebiasaan abah bangun awal dari kami adik beradik. Dialah yang akan bersiap dahulu walaupun pada hakikatnya dia sangat penat apabila balik dari kerja pukul 1 atau 2 pagi. Selepas siap, dia akan membuat air milo untuk kami yang hendak ke sekolah ini dan menghantar kami adik beradik. Aku rindu saat itu... Abah lah yang sering berulang alik untuk hantar dan ambil ku kesekolah walaupun panas terik.... tak pernah mengeluh demi anaknya.... tu tak termasuk kalas tambahan yang aku pergi, terpaksa tinggalkan kerja untuk menjemputku...Aku bersyukur mempunyai seorang abah yang sangat perihatin terhadap anak-anak. abah banyak berjasa untuk ku...

berisi tak abah......

Abah..

               Jasamu, wajahmu akan sentiasa dikenang sampai ke hujung nyawa. Engkaulah yang banyak berkorban dan dorongan untukku sampai ke menara gading. Tidak akanku lupakan itu semua. Aku tahu bukan balasan yang engkau harapkan tapi aku berjanji akan menjadi insan berguna dimasa akan datang. Hanya iringan doa yang ku perlukan. Ya ALLAH, aku berjanji tak akan menuntut apa-apa dari abah ku ini diakhirat... dia lah yang menghantarku menuntut ilmu agama mahupun duniawi...hanya mengharapkan ko menempatkannya di kalangan orang beriman dan syurgamu....


ni gambar yang aku sayang tau...

Abah..

              Aku rasakan pertemuan denganmu amat la singkat. 2o tahun usiaku engkau pergi meninggal kan kami...Pabila mendengar engkau sakit, aku mula risau. Badanmu sudah susut, selera makan sudah hilang, badan sudah tidak berdaya apatah lagi untuk berjalan pun sudah tidak larat. Aku yang duduk berjauhan denganmu sangat sedih dan sering menitiskan air mata jika memikirkan penderitaan penyakit yang tidak tahu puncanya. Engkau menanggung sakit tetapi apabila emak bertanya abah sakit tak? Abah sering kata tak sakit. Pergi ke klinik sudah berkali-kali, berubat tradisional dah banyak tempat. Tetap tiada perubahan. Aku hanya mampu berdoa, aku yang jauh melanjutkan pelajaran ke negeri pantai timur tidak dapat selalu balik menjengukmu. Pernah satu ketika semasa aku balik bercuti dari universiti, engkau sanggup menjemputku meneman mak... sangat terharu bila mak cakap abah dah bangun juga tuk jemput ku padahal boleh je adik dan mak ambilkan aku... Ya allah... gelab lagi pagi tu, mesti sejukkan abah pakai baju tebal tu... dengan badan yang susut dan kurus.... Maafkan saya abah. tak dapat bersama sentiasa....

Abah..

                Merata tempat pergi berubat. Akhirnya abah tetap begitu. Pada hari isnin abah sangat lemah. Abah memanggil emak. Abah kata "Jah.. Abang rasa lemah sangat".Masa itu mak mula risau. Mak panggil anaknya yang sulung kmuadian anak-anak yang lain. Masa itu abah peluk semua anak-anaknya kecuali aku yang berada di universiti... Abah cakap, abah sayang semua. Pada hari itu mak pnggil semua adik beradik abah. Setiap sorang abah nak jumpa walaupun dalam keadaan yang sanggat lemah. Akhirnya abah dihantarkan ke hospital dengan menaiki ambulan malam isnin itu juga... Aku hanya diberitahu melalui telefon.masa tu abah masih sedar dan boleh bercakap... dalam fikiranku... mungkin biasa2 saja... akak ku menghantar gambar, tengok abah terlantar dihospital, dah kurang bercakap...

Abah..

                  Hari berlalu. Abah masih dihospital. Mak dan anaknya yang sering menjaganya. Pada hari isnin selepas semiggu di hospital, emak telefon aku lagi. Mak kata abah dah tak sedarkan diri dan dimasukkan kedalam wad icu. Mak suruh aku balik untuk tengok abah. Dalam pada yang sama aku sedang menduduki peperiksaan akhir semester di universiti. Baru dua 'paper' habis. Masa itu aku nekad untuk balik ke Melaka. Apa nak jadi, jadilah. Yang penting aku dapat jumpa abah. Sampai di Melaka hampir nak subuh. Mak dah tunggu dalam linangan air mata. Aku tanyakan keadaan abah. Mak hanya kata, macam itu juga. Masih tidak sedar.Aku terus ke hospital untuk tengok abah.

gambar ni aku ambil masa balik sekejap tuk tengok abah...

Abah..

                Air mataku tidak dapat dibendung lagi. Berlinang air mata ni melihat abah yang terlantar, dengan wayar sana sini, tebuk perut. Abah sudah kaku. Tidak mampu untuk berkata. Mata terpejam. Ya Allah.. Selamatkan abah. Aku tidak berhenti berharap agar abah sedar walaupun keadaannya yang kritikal. aku ke surau hospital tuk bersolat hajat untuk mu abah.... Aku perlu balik segera ke universiti disebabkan peperiksaan yang menantiku dua hari lagi. Aku jaga abah di hospital. Disebabkan wad icu tidak boleh masuk sesuka hari, aku berjaga diluar. Semasa diluar, ada juga keluarga lain yang turut sama menunggi keluarga mereka, bentang tikar diluar wad. selama seminggu abah didalam wad icu, koma... ada beberapa jiran2 katil abah yang dah pergi mendahului abah... Sebelum balik aku ajar abah mengucap, mengingati allah selalu... aku harap sangat abah dengar...Ya allah... sanggup ke aku menghadapinya....

Abah..

                Aku sentiasa mendoakan kesihatan abah pulih tapi apakan daya. Allah lebih menyayangi abah. Abah pergi meninggalkan aq dan keluarga selepas dua hari aq balik ke universiti. Pagi yu mak telefon, maka kata abah dah tak ada... Ya allah... luluh hati ku... kalau balik pun memang tak dapat tengok abah... jadi, aku tak balik saat kematian abah, aku hanya dapat melihat abah buat kali terakhir melalui handphone 3g kawanku... melihatmu... tak terkata hati ini... mak nasihatkan supaya teruskan dengan final exam ku... aku hanya mampu berdoa dari jauh...Aku juga terasa terkilan bila tidak dapat menciummu dan menatapmu buat kali terakhir. Hanya iringan doa yang mampuku beri. Semoga Allah merahmati roh abah. Aku amat menyintai dan menyayangi abah sampai bila-bila. Aku akan sentiasa merinduimu abah.. Apabila terkenangkan abah aku akan mula menitiskan air mata. Mampukah aku hidup tanpamu?? Aku merasakan seperti telah patah sebelah sayap. Aku harap aku dapat mengharungi hari-hari kemudian dengan baik tanpa kehadiranmu abah. Terima kasih abah.

Ya allah.... sedihnya hati...
walaupun abah dah dua tahun meninggal kan kami.... hakikatnya, banyak sumbangan yang masih abah berikan kepada kami sekeluarga... biar lah kami sekeluarga je yang tahu.... alhamdulillah....

Doakan abah eqa berada bersama orang yang beriman tau.... insyallah.... terima kasih semua....:)

 

7 comments:

  1. takziah. sori sangat sebab tak pernah tahu. be strong ye tiqa. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.... tak pe, dah lame pn....ada blog eh... meh follow.... hehee....

      Delete
  2. semoga arwah di tmpatkn brsama kkasih2 Allah

    ReplyDelete
  3. Semoga dia ditempatkn bersama org2 yg beriman. Innalillahi wa innailaihirajiun.

    ReplyDelete
  4. alfatihah..takziah abah sy pun skrg sakit..macam tu =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.... smoge abah awak cepat sembuh ye.... insyallah...

      Delete