eqa

snow

Followers

Friday, December 20, 2013

Nak kurus cara SIHAT ke cara SINGKAT?? Jom kurus

Assalamualaikum..

gambar hiasan.. puding raja..

Alhamdulillah, aku terpanggil untuk menaip entry baru hari ni.. 
sekarang ni orang duk sibuk nak kurus. betul tak.? termasuk la aku ni..

dengan lambakan produk kurus dipasaran, tak mustahil kita juga akan terjebak untuk membelinya walaupn harga yang ditawarkan ada yang murah atau mahal..

nak kurus...
kebanyakannya mengambil jalan mudah. beli ubat kurus, ambil makanan yang boleh buat kita kurus sana sini tanpa melihat isi kandungan dan nasihat dari doktor. 
yang paling penting harga produk untuk kuruskan badan ni sangat la mahal ye. 
aku pernah juga terfikir nak ambil sejenis produk nutrisi ni. kononnya boleh kuruskan badan dalam waktu yang terdekat. 
tapi kan.. kalau tak jaga makan pun tak jadi juga. 

ok... sebagai contoh. aku ambil produk nutrisi ni, dalam masa yang sama aku kena kurangkan makan makanan yang berlemak, nasi, air bergula, coklat, kek dan sebagainya..
kenapa tak aku kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan mulakan makan makanan yang berkhasiat.??
kalau kita ambil produk yang mahal2 tapi tak boleh menikmati makanan lain.. agak2 sampai bila kita boleh bertahan??
diet yang terbaik adalah dengan mengurangkan jumlah makanan yang kita makan...

Berdasarkan apa yang aku belajar, dah empat tahun ambil degree bidang makanan, aku dapat satu ilmu yang sangat bermakna untuk aku kongsikan di sini.

pensyarah aku selalu pesan...

kebanyakan penyakit datangnya daripada makanan..
Jadi, termasuk juga lah masalah berat badan. obesiti, overweight... 
nak turunkan berat badan, kita kena jaga makanan kita..
makan secara sederhana dan dengan cara yang betul.

tapi aku tau, memang susah untuk kita buat.. kan... makanan terhidang depan mata tak kan tak makan...

aku pun mengalami masalah yang sama. 
dalam masa 3 bulan aku berjaya turun kan hanya 3 kg.. itu pun aku rasa sangat bersyukur dan berbangga dengan diri aku sendiri..
sebab apa???
sebab aku boleh turun kan berat badan tanpa makan apa2 suppliment...
cuma dengan menjaga pemakanan... 
macam mana caranya... nanti aku kongsi kan dalam entry seterusnya..
siapa kata kita tak boleh buat..
memang makan masa... tapi kita nak sihat kan.. tak nak ada masalah dalaman dikemudian hari.. betul tak... 
entry ni dibuat untuk memberi kesedaran pada orang ramai betapa makan makanan yang berkhasiat adalah sangat penting berbanding pengambilan suppliment atau produk kurus yang lain.

aku harapkan makin ramai yang akan buka minda, lapangkan hati untuk mengambil makanan yang berkhasiat dari sumber semulajadi... bukan dari makanan yang diproses... insyallah...

2 comments:

  1. Saya tak boleh kurus dah, kalau saya terus kurus, nanti tak tinggal pape dah dekat badan ni haaaaa~ pandai buat kek eh? dulu saya pernah buat bisnes cupcakes. Pandailah bake sikit2 hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa.... lelaki x pe, x perlu kurus sgt pn.. jnji sihat.. popuan ni klu nk kurus payah ckit.. kek? boleh la ckit2, tgk resepi je pn.. wah.. pndi baking eh... x sgke.. blajr bake kt mana tu. skang dh x buat bsness lg ke??

      Delete